Monday, July 21, 2014

Mini Chocolate Fondue Fountain

Assalamualaikum...

Ini adalah entri lanjutan untuk entri pagi tadi kat SINI. Barang yang aku dok tunggu tu, ialah Mini Chocolate Fondue Fountain. Beli daripada Lazada masa ada gila-gila sale haritu. Actually, bukan aku yang punya tapi kawan unit aku yang punya. Aku tolong belikan aje sebab aku yang account kat Lazada.

Aku tolong order since hari khamis tapi baru dapat hari ini. Harga pun murah. RM49 je, cash on delivery and free postage. Haa..siapalah yang tak nak kan? Aku pun nak sebenarnya tapi memandangkan tak berapa nak perlu, so aku batalkan hasrat nak beli.

Dapat je terus sibuk tengok kak Ida buka kotak. Memang comel sangat mesin ni. Apa lagi, tengah hari tadi aku dan kak ida berkejar ke Tesco sebab nak cari dipping chocolate. Sekali takde la pulak. Takpe la..lain kali cari lagi. Begitulah penantian kami berakhir bila dapat barang yang dipesan. Terima kasih Lazada. Memang puas hati tau.

Okay...till we meet again

7 comments:

My friend say:

Nuff Ads