Tuesday, July 22, 2014

Majlis Iftar CICD

Assalamualaikum...
Entri ini ada kaitan dengan entri INI. Unit kami ada menganjurkan majlis iftar untuk warga unit. Ala..simple je majlis iftar ni dan diadakan dalam ofis juga. Menariknya, anak-anak pun dibawa sekali. Aku bawa anak tekak je la ya.

Majlis telah berlangsung jumaat lepas. Gigih tau aku pergi shopping barangan keperluan untuk iftar tu seperti pinggan mangkuk bagai. Selain tu, untuk anak-anak aku prepare door gift. Ala..meraikan budak-budak. Best gak.


Menu kami haritu ialah nasi arab, satay ayam dan daging, murtabak ayam dan daging, kuih-muih, buah-buahan. Selain tu ada ABC sekali. Meriah tengok makanan. Padahal aku ni bila berbuka takde la kaki melantak sangat pun. Selesai berbuka puasa ringan dengan kurma, kami menunaikan solat maghrib berjemaah kat surau. Then, baru makan berat.

Ini yang best. Masa ni memang sume pakat dok makan apa yang ada tapi ada juga yang tak makan banyak. Seronok juga sesekali berkumpul begini. Aku suka sangat. Dapat eratkan hubungan kami semua. Alhamdulillah, majlis simple tapi penuh bermakna. Walau tak dapat kumpul semua ahli unit, tapi kemeriahan tu tetap terasa.

Okay...till we meet again

12 comments:

My friend say: