Thursday, July 24, 2014

Koleksi Blouse Muslimah Moden Daripada ZALORA

Assalamualaikum...

Lagi berapa hari je nak raya ni. Counting days. Gitukan. Bila dah dekat sangat nak raya ni, mestilah kalian terutamanya kaum wanita paling sibuk mencari baju raya. Ye lah, nak tempah dah tak sempat. Kalau nak tempah juga, jawabnya dapat lepas rayalah ya. Jadi, pilihan terbaik ialah beli yang ready to wear je. Habis cerita.

Banyak je kedai yang jual baju raya. Sudah pastinya kedai-kedai tu ramai yang dok singgah, al-maklumlah nak beli baju rayalah katakan. TAPI, ada juga yang tak suka langsung bersesak-sesak dalam keadaan orang yang ramai ini. Haa..bila tak suka bersesak tu, mestilah kena ada alternatif untuk membeli baju rayakan? Sekarang ni pun dah banyak online shop yang menjual pakaian dan antara yang paling menjadi sebutan dikalangan wanita kita ialah ZALORA Malaysia.

Haa..menariknya ialah buat kita-kita wanita yang berhijab ni atau orang panggil hijabista kekdahnya, ada banyak pilihan menarik di ZALORA Malaysia tau. Sebagai wanita yang berhijab sudah tentulah pemakaian pun perlu kita jaga, tak gitu? Pun begitu tak salah juga untuk kita bergaya apatah lagi buat remaja berhijab zaman sekarang ni yang sangat pandai mix and match pakaian mereka. Kalau kena pada padanannya sudah tentu menarik juga pada mata yang memandang.

Di ZALORA Malaysia, terdapat pelbagai jenis blouse Muslimah yang bersesuaian untuk digayakan tidak kira pada hari raya atau hari-hari biasa. Jom tengok koleksi blouse muslimah yang cantik-cantik di ZALORA Malaysia.
Bagi kalian yang ingin tampil glamor atau ingin menghadiri majlis-majlis istimewa, pilih blouse Muslimah daripada fabrik satin misalnya untuk kelihatan lebih menyerlah. Padankan dengan skirt labuh yang bersesuaian, pastinya kalian akan tampil lebih anggun dan feminin.
Berikut pula fesyen blouse Muslimah untuk kalian yang ingin tampil ‘sweet’. Potongan blouse yang labuh dengan padanan warna lembut menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan anda. Blouse muslimah potongan labuh mampu menyerlahkan keayuan seorang muslimah yang bijak dalam bergaya disamping menjaga auratnya.
Seterusnya adalah fesyen yang paling sesuai untuk anda yang ingin kelihatan ‘rugged’. Padanan jeans dan sepasang platform heels bakal memberikan anda suatu penampilan yang cukup sempurna! Barulah dinamakan urban.

Sebenarnya pelbagai jenis blouse muslimah boleh didapati daripada ZALORA Malaysia ni. Selain pilihan yang banyak, harga pun sangat berpatutan. Tinggal kita nak pilih mana yang berkenan je. Kalau yang tak pernah membeli dengan ZALORA Malaysia tu, bolehlah membeli belah dengan selesa dan nyaman juga pantas. Segalanya dihujung jari je. Layari laman web ZALORA Malaysia hari ini dan buktikannya sendiri.

7 comments:

  1. salam. delima delima..baju raya takda lagi..dekat seminggu dah sy mencari baju tapi tak jumpa jugak huuhhu..beli online rasanya tak sempat dah kan.. :(

    ReplyDelete
  2. memang rambang mata menengoknya...pening jugak nak pilih...hihi

    ReplyDelete
  3. dah tengok baju kat zalora,.tapi huhu.tak sesuai dengan akak..

    ReplyDelete
  4. Zalora ni amacam dia punya kualiti ok ka saja tanya

    ReplyDelete
  5. blouse dia cantik-ii,memang suka jamu mata hehe :)
    jemput join GA ni kalau tak join lagi,tamat:31 JUL..
    http://eyranasrin.blogspot.com/2014/06/big-big-june-birthday-giveaway-by-rara.html

    ReplyDelete
  6. Kenapa ramai sangat yang beli baju kat ZALORA?

    ReplyDelete
  7. Ingt lpas pntng ni nk try skli shopping kt zalora.. :)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads