Saturday, July 19, 2014

KL Raya Fest 2014

Assalamualaikum...
image: KLRAYAFEST
Kalau minggu lepas kita ada Mega Sale Lebaran di Vendeur Festival 2.0 yang berlangsung dengan jayanya, hari ini kita ada KL Raya Fest 2014 pulak. Apakah itu? Haa..ini pun sama juga macam Vendeur Festival 2.0 cumanya dengan KL Raya Fest ini, shopping sambil berinfak. Apakah? Haa..shopping sambil menderma la.

Setiap vendor yang mengambil bahagian akan memberikan sejumlah hasil jualan untuk tabung amal. Dengar katanya ada lebih kurang 300 booth disediakan untuk vendor. Korang bayangkan kalau 300 booth, confirm korang makin rambang mata nak shopping. Dengar katanya lagi kali ini lagi banyak sale sempena raya. Haa..awasi duit korang. Hahahaha

Well, aku kan. Kalau bukan sebab aku sendiri yang akan pergi ke event ni, takde la aku share pasal KL Raya Fest 2014 ni. Haa..aku nak pergi amik skirt yang aku dah booking siap-siap dengan sorang vendor ni. Gitu..over sangat tau. Kekdahnya sebab aku nak cepat balik je. Lagipun, hari ni kita nak date sekejap dengan Cik Sally Samsaiman kita yang dah lama tak ketemu ni. 

Sedikit info nak share dengan korang mengenai KL Raya Fest 2014 ni. Berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur bermula jam 10am - 10pm. Dianjurkan oleh Mood Republik, kemudahan logistik sangat bagus. Korang takyah nak teruk2 drive. Boleh je naik Star LRT atau pun KTM Komuter. Itu pun kalau malas nak drive macam aku. Star LRT akan bermula pada pukul 5.30am dan tamat pada 1200am. Pendaftaran masuk bermula pada pukul 8am. Ala..macam korang daftar untuk KL Hijab Festival hari tu. Oh ya, #salesampailicin ni juga berlangsung selama dua hari iaitu 19 & 20 Julai 2014. Banyak butik-butik glamour yang join tau.

So, korang yang nak pergi tu, sila pastikan cash anda mencukupi ya. Manalah tau, tersilap kira bajet, beli itu ini sekali tak cukup cashnya. Susah kang. Hihihi.. Untuk info lanjut boleh usha-usha Instagram KLRAYAFEST.

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. Perghhh.. memang rambang mata la g situ. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah...sakan ainim tahun ni...selamat bershopping ye...^_^

    ReplyDelete
  3. kompem ramai gila orang serbu nih.

    ReplyDelete

My friend say: