Tuesday, July 01, 2014

Kenangan Ramadan #2 : Bunga Api

Assalamualaikum...
Hari ni sambil buat kerja sambil blogging. Maaf ya, malam kang kot sempat nak blog walking. Siang-siang ni terkejar-kejar waktu.

Bila cakap bab bunga api, korang masa kecik selalu tak main bunga api? Aku merasa la juga main bunga api bila dah waktu malam. Masa zaman kanak-kanak dulu memang meriah sebab ada geng nak main bunga api. Dari bunga api yang belang merah putih tu sampailah ke warna-warni. Tapi aku paling tak suka kalau yang besi tu sebab aku takut pada panas besi tu nanti.

Nak jadi cerita, ada suatu ketika tengah syok-syok main bunga api dan mercun dengan jiran sebelah, tetibe ada kereta polis lalu. Korang bayangkan perasaan budak-budak bila nampak kereta polis, mestilah macam takut-takut. Terus je kitorang buang bunga api yang ada kat tangan dan yang belum guna tu kitorang sorok. Berdebar-debar jantung padahal kereta polis tu lalu je pun. Bukan ada buat apa pun.

Punyalah gelabah kitorang masa tu. Budak-budak la katakan. Tak silap aku masa tu dah ada kuatkuasa yang bunga api tak leh jual. Macam tu la. Tak berapa ingat. Tapi bila fikir balik, memang kelakar tindakan kami. 

Sekarang ni bila tengok budak-budak bandar main bunga api, aku yang jadi pelik sebab selalu budak kampung je yang meriah main bunga api ni. Hihihi. Zaman aku dulu taraf hidup masyarakat masih tak sebaik sekarang. Jadi, bunga api tu boleh berkongsi dengan kawan-kawan yang takde bunga api. Sekarang ni, rata-rata parents mampu belikan bunga api untuk anak-anak walau pun harga mahal.

Kenangan zaman kecik macam ni la yang akan buatkan hidup kita indah. Bezanya dulu dan sekarang. Sesuatu yang aku sendiri tak mampu nak ungkap dengan kata-kata. Rindunya zaman kanak-kanak.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. bunga api ok la daripada mercun. asik buat terkejut je.

    ReplyDelete
  2. hehe teringat plak..dulu kalau balik kg atuk mmg kaw2 punya main mercun & bunga api..meriah! hehe sbb sy duduk taman..so mak tak kasi main takut ganggu jiran...

    ReplyDelete
  3. lya merasa ain bunga api masa keci2 je terasa kemeriahan hari raya..skrg mcm tak ada serinya dah kan kalau raya

    ReplyDelete
  4. Pernah bunga api bentuk bulat tu masuk mata dulu.. terus insaf haha

    Jom ramai2 kita berombak di Buffet Ramadhan Casa Ombak XD

    ReplyDelete
  5. seronoknya zmn kecik dulu x de lagi larangan main mercun dr kerajaan . jadi taram jer la nak main sampai habis mercun . dulu mercun murah lagi .

    ReplyDelete
  6. husna suka yang besi tu.. yang murah sikit yg belang putih merah tulaa..:)

    ReplyDelete
  7. bunga api batang besi tu memang rare....

    ReplyDelete
  8. Hari pertama org beli dh.. Dan bunyi dum dam dum dam dah...

    ReplyDelete
  9. Rindu dgn zaman knak knak.. Indahnya waktu tu...

    ReplyDelete
  10. kan zaman kanak kanak jga best..

    ReplyDelete

My friend say: