Tuesday, July 22, 2014

Kemeriahan Beraya Di Kampung

Assalamualaikum...
Image: GOogle

Dah nak dekat raya ni pastinya topik kita sembang pasal raya. Siapa yang balik kampung beraya? Haruslah majoriti korang akan balik beraya kan? Kan?

Aku tahun ni tak pergi mana-mana. Duduk rumah je. Kembar kerja. Jadi takdelah balik kampung. Apa yang aku nak cakap kat sini ialah, kemeriahan beraya dikampung. Sebenarnya seronok tau kalau beraya dikampung. Kemeriahan suasana hari raya tu lebih terasa. Tambahan kalau yang ada keluarga besar. Mesti lagi meriah rumah mak ayah atuk nenek tu. Manakan tidak, dengan hiruk pikuk anak buah yang bermainkan.

Selalunya rumah kat kampung ni klasik. Ada kawasan halaman rumah yang lapang. Bolehlah pasang pelita bagai. Harus lagi meriah suasana. Waktu malam nampak lampu pelita tu, terasa sangat suasana malam rayakan. Seronoknya. Tambahan kalau anak-anak kecil main bunga api dengan kawan-kawan. Yang dewasa pula sibuk bakar lemang, rebus ketupat, masak rendang, pasang langsir.

Pagi raya pula, ziarah menziarahi jiran tetangga. Ahli masjid atau surau buat kunjungan dari rumah ke rumah. Tuan rumah pula sediakan juadah yang enak-enak buat tetamu sekalian. Kanak-kanak pulak beraya dengan kengkawan pergi kumpul duit raya. Indahnya perasaan tu.

Itu bayangan dalam kepala aku je la. Sejak kecil aku impikan suasana macam tu. Tapi cuma mampu lihat kat tv je la. Tengok drama kat tv. Memang best. Sebab aku sendiri takde kampung. Tak pernah pun rasa pengalaman macam tu. Bila dah besar ni lagilah kan. Duduk bujang dengan mak dan adik-beradik aku pun bujang lagi melainkan kakak seorang je yang dah kahwin. Tahun ni kakak beraya di Pahang. So, apa plan kami tahun ni? Haa..lepaking at home kekdahnya.

Oh ya, kepada kalian yang nak balik kampung beraya tu, berhati-hati dijalan raya. Pastikan semuanya dalam keadaan bersedia baru pulang ke kampung ya. Dah check kereta ke? Bolehlah buat inspection kereta secara percuma dengan PUSPAKOM. Ada aku share kat entri INI

Okay...till we meet again

14 comments:

  1. syok oo raya suasana kampung huhuu balikk oo balik kampung main bunga api..ghhahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak merasa suasana beraya kat kampung

      Delete
  2. Memang seronok beraya di kampung...

    ReplyDelete
  3. Skrng ni dah terbalik. Mak bapak yg duduk bandar. So kena pulang ke bandar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..mak saya duk putrajaya. kami pun beraya kat putrajaya

      Delete
  4. WAAA...NAK RAYA DAHHH :D TAK LAMA LG

    ReplyDelete
  5. Jom la la beraya ke kg lya best meriah skrg kg lya dah ada dua hhee

    ReplyDelete
  6. nak cek kat PUSPAKOM tu mesti ramai orang kan...huhu

    ReplyDelete
  7. mmg seronok pun beraya kat kampung. akak dah x dpt merasa beraya dlm suasana kampung lagi sbb arwah nenek dan atok dah xde. huhuhu

    ReplyDelete
  8. sis pun x dpt beraya di kg wpun sis ada kg halaman n adik beradik seramai 9 org yg dah bercucu . memang meriah bila berkumpul . Klu ainim nak rasa beraya suasana kg , cari jer calon suami yg berasal dr kg ... heh heh

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads