Saturday, July 05, 2014

Jualan Murah Di Sana Sini

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Ehem..bila masuk bulan Ramadan ni, antara dugaan duniawi yang paling menduga iman terutama buat para muslimat sekalian ialah bila banyaknya jualan murah di sana sini. Haa..al-maklumlah, berakhirnya Ramadan maka bermulalah Syawal.
Image: Google
Bila sebut je Syawal, dalam kepala mesti ada satu perkara yang paling kita ingat iaitu Hari Raya. Siapalah yang tak nak beraya kan? Apatah lagi kita digalakkan untuk meraikan hari kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Hmm...

Okay...kali ini kita discuss sikit pasal jualan murah ni. Kalau nak dikira, rasanya since sebelum puasa dah start ada jualan murah. Bazar itulah, bazar inilah. Bukan gedung beli belah je yang buat sale, malah peniaga kecil-kecilan pun turut buat sale malahan kedai online pun buat sale. 

Kadang terfikir juga, bila dah terlalu banyak sale, memang rambang mata. Ye la, sana sini buat sale. Mana satu lagi hebat diskaun? Mana satu ada lagi banyak tawaran menarik? Kan? Tujuan utama penganjuran jualan murah ni tak lain tak bukan untuk membantu pengguna berjimat bila membeli. Ye la, bila ada jualan murah, mestilah ada diskaun. Kalau harga yang mahal bolehlah juga dapat diskaun, ya tak?

Pada aku, sebenarnya ada pro and cons bila kita sebut soal jualan murah ni. Satu hal yang bagus ialah membantu kita sebagai pembeli untuk berjimat. Tambahan nak raya ni, mesti banyak duit nak keluar terutama ibu bapa yang punya anak tu. Kalau yang bujang macam aku ni, nak kena spend untuk parents pulak. Masing-masing ada tanggungjawab. Selain itu, dengan adanya karnival jualan murah, kita dapat membeli dengan pelbagai pilihan yang ada depan mata. Masa tu banyak penjual yang ada dan kita mampu memilih yang mana kita nak beli. 

Bagi penjual pulak, sudah tentunya ini merupakan peluang terbaik untuk memasarkan produk mereka. Selain dapat mendekati pelanggan dengan lebih dekat dan menarik pelanggan baru juga. Haa..secara tak langsung dapat tingkatkan ekonomi dan majukan usawahan muda kita.

Tapi, bila dah terlalu banyak karnival jualan murah ni, sudah tentu pengguna menjadi keliru. Ya la, tak tahu mana satu nak pergi. Kang pergi sini, rupanya di sana lagi hebat tawarannya. Dari nak berjimat terus tak berjimat. Faham-faham je la, kalau dah murah, mesti nak grab je kan? Dari ada bajet terus lari bajet.

Apa pun, pilihan ditangan kita sebagai pengguna. Program sebegini hanya untuk membantu pengguna selain meningkat hasil ekonomi. Bila dah set nak berjimat, kena tetapkan dalam hati. Beli mana yang perlu. Berbelanja bukan ikut nafsu tapi ikut kepada keperluan. Kalau mampu beli, kalau tak simpan dulu duit tu.

Masa nilah sebenarnya nak menguji samada kita mampu kawal nafsu atau tak. Bulan Ramadan hadir dengan hikmah dan dugaan. Bagaimana cara kita nak tanganinya, semuanya terletak pada diri kita. Oh ya, ini pesanan untuk diri sendiri juga ni. Korang pun tahu kan aku ni rajin juga membeli kat jualan murah. Tapi ikut mana yang aku perlu dan mampu je la. Bak kata orang, tepuk dada tanya iman. Cewah

Wallahualam...

7 comments:

  1. semakin dekat nak raya semakin banyak sale dan sana sini penuh pasang khemah..bju bergantung2 untuk dijual

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mar. tapi kita sebagai pembeli kena berhemah bila berbelanja

      Delete
  2. tapi kadang2 tu tulis sale tapi harga sebelum sale tuh dah markup siap2

    Jemput baca post terbaru saya: Atasi Kolestrol Dengan Mudah

    ReplyDelete
  3. sebenarnya kita dh dibekukan minda dgn perkataan tu, padahal xde apa yg murah pun sbnrnya...

    ReplyDelete
  4. nahhhh, tunggu last puasa confirm meletup2x sale dekat sogo kl tu.

    ReplyDelete
  5. kalau jenis yg disiplin tinggi, sebelum ni menyimpan, time bulan puasa baru shopping best laa.. tp husna plak, memang tak dak maknanya laa..hahaha..:p

    ReplyDelete

My friend say: