Saturday, July 05, 2014

Hormatilah Bulan Ramadan Ni

Assalamualaikum...

Selamat petang. Tadi aku sengaja scroll timeline Facebook. Sekadar take 5 je. Kerja masih banyak belum disiapkan lagi ni. Harap dapat diselesaikan segera.
image: Google
Sedang scroll ni aku terbaca satu link entri blog yang dikongsi oleh satu blog dalam sebuah kelab blogger. Sungguh annoying dan sangatlah tidak patut dikala kita umat Islam sedang berpuasa. Aku perasan, kelab tersebut sentiasa ada link-link blog yang berunsur negatif dan tidak keterlaluan kalau aku katakan lucah.

Apakah ini semua? Apakah kelab blogger seperti itu medan untuk sebarkan perkara-perkara negatif? Sudah tentu tidakkan? Jujur cakap, semakin lama semakin meluat aku lihat kelab tersebut. Bukan semua ahlinya share link begitu ya. Hanya beberapa blog sahaja tetapi bila appear kat newsfeed Facebook aku, ianya sangatlah meluat.

Ada satu blog dan FB Page blog tu yang aku dah siap-siap block serta report spam. Apa yang aku hairan, ke mana pergi Admin kelab tersebut? Kenapa tidak dihalang blog-blog sebegini? Bukankah seeloknya sentiasa diperhatikan siapa dan apa entri yang dikongsi? 

Apatah lagi sekarang ni kita berada di bulan yang penuh mulia dan rahmat, bulan Ramadan. Segalanya perlu dijaga. Kalau tidak boleh berhenti daripada sebarkan berita negative sebegini, sekurang-kurangnya hormatilah bulan Ramadan ni. Hormati keindahan bulan Ramadan serta mereka yang berusaha untuk mengelakkan daripada perkara yang dilarang.

Mungkin ada yang boleh cakap "Tak payah la buka FB kalau bulan pose". Yes, aku sendiri pun takde la setiap masa buka FB tu. Hanya untuk sekadar take 5 je pun. 

Apa yang diharapkan, kelab blog di FB terutama admin kelab, tolonglah pantau setiap masa. Pastikan apa yang disebarkan bermanfaat dan berguna bukan hanya untuk menarik page view saja. Apa guna kalau ada kelab tapi manfaatnya tiada? Fikir-fikirkan

Wallahualam...

10 comments:

  1. Dugaan Ramadhan Ainim..kita pun tak faham bila ada yang buat post yang tak sepatutnya di Bulan Ramadhan ni kan...Kalu ikutkan syaitan dah tak ada di bulan puasa ni..so siapa punya angkara ya...

    Nway salam 7 Ramadhan ya..

    ReplyDelete
  2. betul tu ainim..org yg tubuh kelab tu kna pntau kalau tak dia juga dikira subahat...

    ReplyDelete
  3. huhu..marah bnr anim dgn kelab tu..kena left groud dh ni

    ReplyDelete
  4. aduii... parah juga ni.... kelab mana la tuh ya...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
  5. agaknya admin kelab tu tak online kot. yg blogger tu pon satu hal dah tau bulan puasa tak payah la nk post benda2 yg tak berfaedah macam tu. banyak lagi cerita yang boleh dikongsi.

    ReplyDelete
  6. Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    ReplyDelete
  7. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
  8. x brfikir sebelum brtindak, sebelum share..
    gitu laa jadinyaa.. -,-

    ReplyDelete
  9. singgah dan follow sini dari blog mialiana :)

    ReplyDelete
  10. betul tu, husna pon pernah jugak nmpak.. harap admin group dapat selesaikan dgn secepatnyaa..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads