Wednesday, July 30, 2014

Hadiah Untuk Anak Buah

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Sejak-sejak cuti ghaye ni, trafik blog pun sendu je. Ye la, raya la katakan. Time ini lah nak bertemu sanak saudara, tak gitu. Apa pun jom cerita-cerita sikit kat blog.

Beberapa hari sebelum nak cuti raya, aku dan kak Ija (kawan ofis) pergi ke IPC. Area Mutiara Damansara. Sebenarnya aku bawa kak Ija pergi beli tudung bawal Aidijuma. So, dah setel kat Aidijuma, kitorang yang masih banyak masa rehat ni jenjalan sekitar D' Curve membawa ke IPC tu ha. Saja je la jenjalan. Manalah tahu boleh shopping baju ke.

Rupanya kat IPC tu baju boleh tahan juga murah-murah belaka. Tambah pula ada sale. So, sempatlah aku beli dua helai baju untuk anak kawan baik aku merangkap kakak unit yang paling rapat dengan aku, Kak Alin. Kak Alin ni officer kat unit aku, tengah cuti bersalin. Apa lagi, baju baby cantik dan comel belaka. Sungguh aku rambang mata. Nasib baby boy, kalau baby girl mauh sume aku shopping wey.

Haa..ni la baju untuk baby boy kak alin. Aku pilih warna biru sebab baby boy kan. Nak pilih warna pink kang, menjerit pula emaknya kat aku nanti. Hahaha. Plan nak bagi ni masa pergi beraya ke rumah kak Alin nanti. Tak sabar nak jumpa anak buah baru. Tak sabar nak gomol pipi anak buah baru. Heheh
Harap kak alin sukalah nanti hadiah ni. Nak gi cari kotak tak pun pembalut hadiah. Balut kemas-kemas baru best nak bagi kat orang kan.

Okay...till we meet again

8 comments:

  1. tula trafik musim raya ni sendu je, siput pun jalan lagi laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan konah. nak buat macam mana, orang sibuk raya

      Delete
  2. lamanya tak melepak area sana.. dulu study sana bleh kata sminggu skali melepak situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lama tak ke sana. malas nak drive ke sana

      Delete
  3. Mmng geram kak tgk baju2 bby ni.. Sy smpai rambang mata nk bli tuk ank sndiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mimie. akak ni kalau ada baby mau duit abis spend kat baju baby. hahaha

      Delete

My friend say: