Monday, July 07, 2014

Giveaway Memoria Aidilfitri

Assalamualaikum...
Lama juga aku tak join giveaway anjuran rakan blogger sekalian. Mohon maaf awal-awal. Bukan tak nak cuma risau tak dapat nak fulfill semua pra-syarat yang dikenakan. Tapi kali ini tergerak hati nak join segmen anjuran Nakhoda Nurani.

Kisah yang aku nak kongsikan ini adalah kenangan masa kecil aku. Mungkin agak sedih tapi sekadar menjadi pengajaran buat semua. 

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang susah. Bukanlah orang kaya-kaya apatah lagi hidup serba ada. Abah aku hanyalah seorang lumpuh dan buta sementara emaklah yang menyara kami sekeluarga. Oh, tidak lupa, dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga duit pencen abah. Alhamdulillah, walaupun hidup susah, kami tetap gembira apatah lagi anak kecil seperti kami yang masih belum benar-benar memahami erti sebuah kehidupan.

Setiap kali tiba Ramadan, maka waktu itulah aku akan melihat mak terlalu kuat bekerja menyiapkan tempahan baju raya. Di siang hari mengurus kami anak-anak dan suami sementara malam pula menyudahkan tempahan jahitan. Abah pula setia disisi menemani emak menjahit dengan berbual-bual sehingga lewat malam. Ada masanya, aku pun curi-curi juga dengar perbualan mak bila aku tak boleh lelap mata.

Dek kerana kesusahan hidup kami, pernah juga kami berbaju raya daripada lebihan kain tempahan pelanggan mak. Budak-budak kecikkan. Dapatlah juga sehelai baju kurung. Alhamdulillah, kami yang masih tak faham erti hidup ni gembira je bila dapat baju baru. Kasut pun hanyalah selipar cap Bata tu je. Seingat aku, paling banyak baju raya pun hanyalah dua pasang je. Sepasang baju kurung dan sepasang lagi biasanya seluar dan t-shirt. Itu pun dah menggembirakan sebab sekali setahun je dapat merasa baju baru tau.

Memandangkan abah tak mampu berjalan dan kami tiada kenderaan untuk beraya, paling jauh kami beraya hanyalah ke rumah jiran sebelah dan jiran-jiran terdekat. Itu pun dah seronok bagi kami. Raya setiap tahun pada kami takdelah jauh beza. Hanya jiran-jiran terdekat je yang akan datang beraya dan adalah sesekali saudara belah mak dan abah datang. Maklumlah, orang susah. Siapa pun tak pandang. Tapi tak mengapa, asalkan ikhlas nak datang, sudahkan? 

Melihat air mata abah mengalir menunggu kedatangan adik-adiknya sudah menjadi kebiasaan bagi aku dan adik-beradik. Abah tak cakap tapi hati seorang anak, walau nakal macam mana sekali pun aku, aku tahu apa yang abah rasa. Bila ada yang datang, barulah nampak abah gembira. Mak agak beruntung sebab saudara sebelah mak ada juga datang beraya ke rumah kami.

Kini, kami dah dewasa. Masing-masing dah bekerja dan punya kehidupan masing-masing. Alhamdulillah, walau gaji tak besar mana, tapi mampu la juga beli pakaian sendiri dan juga sara mak. Abah pun telah pergi menghadap Ilahi hampir 9 tahun yang lalu. Segala yang aku ceritakan di atas kini hanyalah kenangan dalam hidup. Ada suka ada duka. Bukan nak menagih simpati tetapi sekadar berkongsi untuk dijadikan iktibar buat semua. 

Bila kita di atas, jangan lupa sesekali untuk pandang ke bawah. Bila kita dibawah, yakinlah bahawa semua ini hanyalah ujian Allah untuk melihat sejauh mana kita kuat harungi cabaran hidup. Apa pun, semoga hari lebaran yang bakal tiba nanti bakal memberi seribu rahmat buat semua.

Wallahualam...

10 comments:

  1. Sedih pula akak baca nie dik...
    Hanya DIA yang memahami rasa kita sebagai anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak..ini pun dah jadi kenangan

      Delete
  2. ainim berjaya buat eda mengalirkan air mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe eda..kita ambil iktiber daripada kisah saya ni ya

      Delete
  3. Alhamdulillah, dengan kesusahan mengajar kita banyak perkara kan Ainim...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mama. daripada susah tu la kita akan kenal erti sebenar kehidupan

      Delete
  4. Thanks for your support! Good luck ;)

    ReplyDelete
  5. Tahniah, sila berikan details yg diperlukan sprt yg dimaklumkan di sini http://engkumuzahadin.blogspot.com/2014/07/pemenang-giveaway-memoria-aidilfitri.html

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads