Monday, July 07, 2014

Elakkan Spam Pada Ruangan Komen

Assalamualaikum...

Aku ni jarang sangat share tutorial atau info pasal blogging kan? Sebab aku sendiri takdelah arif mana pun sebenarnya. Masih lagi belajar daripada Mentor aku, Kak Mia Liana

Cuma aku pernah jugalah terbaca sesetengah blogger merungut bila banyak spam comment yang menerjah masuk blog mereka. Hmm...walaupun ada yang kena approve dulu baru komen appear, tapi masih banyak lagi spam.

Sekadar nak sharing information dengan korang. Aku ni tak expert tau tapi sekadar nak share apa yang aku set supaya takde spam comment boleh masuk blog ini. Alhamdulillah, since 2008 aku praktikkan sehingga sekarang aku boleh kira dengan jari berapa je spam comment yang berjaya menceroboh blog ini. Kalau ada pun disebabkan blogger yang tertekan dua kali button publish comment tu.

Begini, aku ni sangat strict dengan siapa yang boleh komen kat blog ini. Makanya aku set kepada Registered Users. Bila korang set begini, hanya mereka yang mempunya akaun berdaftar sahaja yang boleh komen diblog korang. Kalau korang set kepada Anyone, walaupun korang set Always kepada Comment Moderation tu, masalah spam takkan hilang. 
Memang leceh la sikit bagi mereka yang suka baca blog korang tapi nak komen tak dapat sebab takde akaun berdaftar, tapi demi kebaikan blog korang, ini antara cara terbaik. Kalau korang set kepada User with Google Accounts atau Only Members of this blog pun boleh juga tapi akan ada masalah kalau rakan korang tu pengguna Yahoo account dsbg. Malah, kalau Only Members tu pulak, kiranya by invitation daripada korang je la jawabnya.

So, terpulang pada korang. Apa yang penting, kebaikan blog. Kalau banyak sangat spam comment pun tak elok untuk blog. Baiklah, sekian sesi perkongsian maklumat untuk kali ini. Kalau korang ada alternatif lain, bolehlah share dengan aku ya.

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. Selalu guna cara ni. Thanks! :)

    ReplyDelete
  2. saya punya sampai 'Comment Location' je...selebihnya tak tau pulak hilang ke mana...huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab mama guna google share plus tu

      Delete
  3. dulu husna letak anonymous pon bleh komen, lpas tu timbul mcm2 komen, mencacatkan je terus tukar registered user, dan pilih utk comment moderation..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. registered user ni memang lagi selamat sebenarnya husna

      Delete
  4. Mmg pnh juga wat cmtu... Tapi memikirkan ramai juga kengkwn dtg nk komen.. Sy buka open tapi setiap hari mmg akn clean spam.

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads