Thursday, July 10, 2014

Belajar Terima Kehilangan

Assalamualaikum...

Semalam aku berbual dengan seorang teman yang sekian lama tak berbual. Padahal satu ofis. Mungkin sebab takde urusan antara kami, memang takdelah peluang untuk berbual. Okay..dalam sedang berbual tu, secara tak sengaja berbual soal kehilangan orang tersayang.

Sahabat berkenaan bercerita tentang sepupunya yang kehilangan adik tersayang dibulan Ramadan. Sungguh sedih kisah itu sebenarnya tatkala beliau dan sepupunya itu sedang menunaikan ibadah umrah. Allahuakbar, memang hebat ujian Allah untuk sepupu beliau itu. Aku sendiri kagum dengar cerita sahabat tu.

Bercerita soal kehilangan ni turut membuatkan aku teringat akan arwah abah. Aku pernah bercerita sebelum ini bahawa aku telah kehilangan abah diusia 19 tahun. Ada aku coretkan di entri INI. Sejujurnya, sehingga kini rasa rindu pada arwah abah tak pernah hilang. Walau senyuman dan ketawa nampak diwajah, dibalik hati, hanya Allah yang mengetahui.

Sebenarnya tak sangka pula aku berbicara soal kehilangan ni. Sahabat aku tu ada menyatakan yang dia masih belum bersedia untuk merasai kehilangan orang yang tersayang. Aku tak mampu nak nafikan apa yang dia katakan. Sekuat mana pun iman, sekuat mana pun hati, kita hanyalah seorang insan biasa. Kehilangan orang yang tersayang terutama ibu bapa, anak atau adik beradik bukanlah satu perkara kecil. Kehilangan orang yang tersayang mampu beri efek yang mendalam kepada diri.

Sempat juga aku kongsikan isi hati aku bahawa aku sendiri tak bersedia untuk kehilangan insan tersayang terutama mak dan kembar aku. Aku selalu cakap, biarlah aku yang pergi dahulu kerana tak mampu nak tanggung rasa sedih tu.

Selesai berbual dengan sahabat tu, aku berfikir sejenak. Kehilangan insan tersayang memang bukan perkara yang ringan. Ianya amat berat untuk diterima apatah lagi saat kita masih memerlukan mereka disisi kita. TAPI apakan daya kita sebagai manusia biasa. Hendak atau tidak, kita perlu terima ketentuan Allah. Sihat lawannya sakit, gembira lawannya duka dan hidup lawannya mati. Itulah aturan Allah untuk setiap benda yang bernyawa. Sedangkan alat elektronik pun ada tempoh had tertentu, apatah lagi kita yang hanya meminjam segalanya daripada Allah. 

Oleh itu, kita perlulah belajar untuk terima kehilangan. Sebesar-besar ujian yang Allah berikan tak lain tak bukan hanyalah untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Dari situlah kita sebenarnya mendidik diri untuk bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Pergi insan yang disayangi bukan bererti Allah itu zalim, sebaliknya untuk mengingatkan kita bahawa suatu hari nanti, kita pun akan menurut jejak yang sama. Oleh itu, persediaan perlulah kita lakukan dari sekarang. *Reminder untuk diri sendiri yang selalu sangat leka dengan hidup

Sering kita dengar, manusia takkan pernah menghargai sesuatu yang ada pada mereka sehinggalah ia kehilangannya. Betulkan? Aku sendiri pernah alami perkara tu. Kehilangan arwah abah mengajar aku bahawa kita perlu hargai setiap yang ada pada diri kita. Jujurnya, aku menjadi teramat sayang pada ahli keluargaku cuma mungkin ada caraku yang kurang disenangi ahli keluarga. Itu adalah kelemahan aku.

Belajarlah untuk terima kehilangan. Kerana daripada situ kita belajar menjadi manusia yang tabah dan kuat. Daripada situ kita lebih menghargai erti hidup ini. Daripada situ juga kita belajar erti kasih sayang. DAN daripada situ kita tahu bahawa ALLAH SWT lah yang berupaya untuk memberi dan mengambil semula semua yang Dia pinjamkan kepada kita. Sesungguhnya ALLAH SWT Maha Mengetahui akan setiap apa yang ditentukan untuk kita. Tawakal dan redha serta jangan pernah putus doa kepadaNYA.

Wallahualam...

5 comments:

  1. bertabahlah sayang...kerana ujian Allah itu terlalu indah untuk kita rasai...:)

    ReplyDelete
  2. bila baca ni sy terfikir gak....sy pun rs mcm tak bersedia kalau hilang org yg sy syg..entah..Allah sebaik-baik perancang..

    ReplyDelete
  3. Uncle baru kehilangan mak sedara ramadhan ni.... T_T

    ReplyDelete
  4. memang kita jangka qada dan qadar tapi seharusnya kita kena redha.....

    ReplyDelete

My friend say: