Friday, June 13, 2014

Sudah Selesai Ganti Puasa?

Assalamualaikum...

Sekarang ni dah semakin hampir dengan bulan Ramadan. Semalam pun aku ada cakap kat entri INI. Mesti korang excited kan?

Cuma apa yang aku nak cakap kali ini ialah, sudahkah selesai mengganti puasa? Tak kiralah perempuan atau lelaki. Normally perempuan memang akan sentiasa kena ganti la disebabkan waktu uzur yang berlaku pada bulan Ramadan kan. 

Ada orang dia akan ganti seawal mungkin. Siap ada yang ganti pada Syawal kedua lagi. Hebat sungguh. Kagum aku. Aku ni pulak selalunya memang dah siap ganti awal-awal lagi. Itu kebiasaan aku selalunya cuma tahun ini aku agak lambat ganti puasa. Walaupun hanya beberapa hari tapi disebabkan kesihatan selalu tak mengizinkan, niat nak ganti tu sentiasa terbantut.

So, sekarang ni la aku jadi kelam kabut nak ganti. Alhamdulillah, aku selesaikan dalam minggu ini juga. Buat pada Isnin, Khamis dan Jumaat. Selesai. Apa yang aku nak cakap ini ialah, ganti puasa tu wajib. Kalau selagi mampu, ganti seawal mungkin. Kalau ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan, carilah masa yang paling sesuai untuk ganti puasa.

Apa yang penting jangan ambil mudah bab ganti puasa. Takut nanti tak terganti dan semakin banyak pula yang hendak diganti. Oh ya, sebenarnya ada cara untuk menggantikan puasa yang tertunggak bertahun lamanya tapi aku tak ingat link yang aku baca tu. Cuba korang klik SINI. Bagi cara bayar Fidyah.

Wallahualam...

6 comments:

  1. dah siap awal lg. alhamdulillah.. skrg ni nak warm up balik dgn puasa sunat syaaban. inshaaAllah.. bes puasa, xsabar nk ramadhan. sambil puasa sambil diet sambil excercise terawih sambil tambah pahala. semoga kuta dipertemukan dgn ramadhan. aamiin

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak.. seronok bila dah dekat puasa ni..
    sedih rasanya sebab saya tak dpt gnti puasa lepas. bukan xnak buat awl2..
    tapi sebab lepas raya tahun lepas dah kalut dgn persiapan tuk kawin. ingat nak ganti lepas kawin. pastu dapat tahu pregnt. awal2 sy kena alahan teruk. sekarang ni try juga xmakan sejam camtu, Ya Allah.. peningnya Allah je yang tahu. tak tahu la macam mna nak tempuh bulan puasa sebenar ni..

    ReplyDelete
  3. heheh janna bru nk start ganti puasa ni. huhu. insyallah nk terus je xmo ponteng2^^

    ReplyDelete
  4. Kdg2mmg terbabas juga ainim.. Huhu... Kena usaha gak kan utk ganti...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah kite dah abes ganti puasa. better ganti awal2 takut terlupa pulak.

    ReplyDelete
  6. ada beberapa hari lagi nie....aduhai....

    ReplyDelete

My friend say: