Thursday, June 12, 2014

Soondubu Jigae @ Dubu Dubu

Assalamualaikum...

Kali ini entri makan lagi. Ala..korang jangan jemu ya. Aku lately ni selalu je pergi jalan-jalan cari makan. Hehehe. Begini, alkisahnya member aku, Loqman teringin nak makan korean food. Dah lama beliau berhajat nak makan. Dia bagitau aku tapi aku ni je terover busy tak bertempat.

Rasanya dah berapa minggu beliau request ni. Semalam baru sempat nak pegi. Jadi, aku ajak dia ke NU Sentral sebab situ ada Dubu Dubu. Haa..macam biasa, Ridzuan dan Syafreena mestilah ikutkan. Dorangkan antara watak wajib dalam hidup aku. Gitu.
Yang kana pakai baju putih biru tu la Loqman yang request nak makan korean food :)
Kitorang gerak dalam pukul 6pm lebih. Nasiblah jalan tak jem sangat. Lagipun NU Sentral tu takde la jauh sangat dengan ofis aku keje ni. Jadi, berani la juga nak ke sana lepas office hour. Sampai je, terus ke Dubu Dubu. Bagusnya kalau pergi waktu petang, orang tak ramai sangat. Kalau pergi waktu lunch belum tentu dapat makan. 

So, macam biasalah, dah sampai mestilah duduk dan orderkan? Waitress tu datang dan ucap Annyeonghaseyo. Sekali Ridzuan buat muka pelik. Maka jadilah epic story petang semalam sampai aku rasa sakit perut aku tahan gelak. Dasar kau memang kelakar dik. Sebelum order sempat juga explain apa menu yang ada dan macam mana rasa dia pada Loqman, Ridzuan dan Syafreena. Hmm..macam tourist guide lagaknya. Ni dah boleh panggil aku review makanan ni. Hahahaha

Okay..takyah bebel panjang, korang tengok je apa yang kami order ni.
Ni namanya Honey Garlic Bulgogi Chicken. Ini set tau. Harga RM17.90. Sedap juga. Sesuai untuk orang tak suka makan pedas.
Ni pulak yang aku dan Loqman order. Soondubu Jigae Beef. Aku amik spicy dan Loqman less spicy. Tapikan aku tetap rasa kat Gomonae juga lagi pedas dan umph. Gitu sekali. Harga RM17.90 juga
Ni pulak Syafreena yang order. Cheese Soondubu Jigae Chicken. RM 16.90 . Ni korang akan rasa macam hirup creamy chicken soup tu. Sedap tau tapi tak pedas.

Sambil makan sambil bercerita sambil melayan tv yang ada. Sambil makan sambil gelak. Best juga. Ini sebenarnya kali pertama Loqman join aku dan geng keluar. Harap dia tak menyesallah keluar dengan kitorang yang senget sikit ni.

Selesai makan, jenjalan kejap dalam NU Sentral tu. Survey apa yang patut. Pastu balik. Lega aku dah tunaikan request Loqman ni.

Oh ya, kalau nak try, pegi ke Dubu Dubu. Kat tinkat 4 NU Sentral.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. Haha... Jakun nya saya... 1st time tgk dan dgr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maria, nanti ada masa try la. Memang sedap tau

      Delete
  2. oh..akak tak pernah makan lagi korean food......

    ReplyDelete
  3. saya xpernah makan makanan korean ni.. tekak xleh terima. lagi dasyat dalam pregnt ni bila tgk pun lagi kuat rasa x lalu nya..haha

    ReplyDelete
  4. menarik., NU sentral dkat mne pulak ye?

    ReplyDelete

My friend say: