Sunday, June 01, 2014

Sekali Lagi di Salon Du Chocolat

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas selepas waktu bekerja selesai, sekali lagi aku dan Diyana ke Salon Du Chocolat. Kali ini kami berdua je sebab aku sendiri yang teringin nak bersantai di situ. Seriously, last week agak stress sebenarnya dan aku perlukan sesuatu untuk meredakan stress dalam diri.

Macam yang aku pernah ceritakan kat entri INI, aku nak makan coklat. So, aku memang pilih Salon Du Chocolat sebab dekat je dengan ofis aku bekerja. Apa lagi...sampai je sana terus order. Bagusnya Salon Du Chocolat ni, service dorang cepat. Korang duduk je menu dah sampai. Malah, order korang pun cepat tau. Tu yang aku suka malah service dorang pun bagus.

Kali ini aku order Chocolate Crepe dan Diyana order Donut.

Donut tu memang boleh makan sorang tapi Chocolat Crepe tu boleh makan dua orang sebab portion dia besar tau. Memang gigih gila aku nak habiskan. Nasib Diyana tolong. Hehehe. Memang tak dapat nak abiskan sorang je. 


Satu cara untuk elakkan korang muak makan menu yang berasaskan coklat versi aku ialah, bila makanan tu dah full with chocolate, air minuman silalah order yang plain saja. Maksud aku, mineral water ke. Kalau nak lagi best, korang order air yang masam macam fresh orange ke atau pun fruit juice. Kalau fresh orange tu korang akan tanggung rasa macam extra sikit la ya. Hahaha. Ini bagi elakkan korang rasa muak bila makan dan minum. Kalau korang order makan dan minum berasaskan coklat semata, confirm akan rasa muak. Tapi kalau jenis redah je, okay dah tu.


Aku sebenarnya teringin nak try kat Mad About Coco tapi tak berani sebab tak tau halal ke tak. Nanti la aku try lagi search pasal cafe tu ya.


Okay...till we meet again

4 comments:

My friend say:

Nuff Ads