Thursday, June 12, 2014

Piala Dunia FIFA 2014

Assalamualaikum...

Bahang Piala Dunia Brazil 2014 semakin terasa ni. Lagi sehari je nak berlangsung ni. Aku? Haruslah tak tengokkan. Takde maknanya aku nak layan bola. Layan blog lagi bagus. Hahaha
Punyalah meriahnya sampai kat Google pun dok ada pasal FIFA World cup ni. Alahai la bola, untungnya kau. Sebiji je jadi rebutan ramai orang. Korang mampu? Ahaha..

Lepas ni, adalah yang tetibe MC sebab sakit perut. Sepanjang Piala Dunia ni nanti tetibe je yang tak pernah sebut pasal bola pun boleh jadi pakar bola. Tetiba je sukan lain jadi malap kejap. Yang lelaki jadi setia duk rumah sebab nak tengok bola. Yang bujang memenuhi ruangan restoran mamak sebab nak tengok bola ramai-ramai.
image: GOogle
Tapi paling tak best sebab Piala Dunia ni berlangsung time Nisfu Syaaban dan terlalu menghampiri bulan puasa. Takut je ada yang terlajak kang. Tapi kalau lelaki ada baiknya juga. Terus boleh sahur. Tak gitu? Haa..kalau korang yang minat bola tapi takde Astro Super Sport tu, layan je la RTM sebab RTM dapat hak siaran eksklusif lagi.

Para isteri, silalah bersabar time Piala Dunia ya. 4 tahun sekali ni la dugaan sebenarnya. Apa pun, diharap takde berita buruk mengenai Piala Dunia yang akan terjadi. 

Okay...till we meet again
p/s: dulu minat German..hehehe

4 comments:

  1. Hehe... Mujur sy bkn peminat bola...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya Maria. tak minat dah

      Delete
  2. nasib baik my hubby tak berapa minat bola....ola-ola....

    ReplyDelete
  3. kalau saya memang tak la nak layan. haha. pagi ni suami bngun awal. yang kelakar nya dia kata sengguk2 tgk tv. last2 tv tgk dia. pastu kul 5 lebih dh kuar ke tmpat kje sebab ada qiamulalail..

    ReplyDelete

My friend say: