Tuesday, June 24, 2014

Nasi Ambang @ Serai

Assalamualaikum...

Jauh malam baru dapat ku update kembali blog ini. Minggu terlajak busy sampai nak update blog pun asyik tak kesampaian. Oh ya, projek besar unit dah start kembali. Apa projek tu? Nanti aku cerita ya.

Ni baru je balik dari makan-makan dengan mak dan cik kembar. Memandangkan hari ni kami pergi mencari jubah untuk mak sempena raya nanti, makan pun kat luar juga. Kali ini kami pilih tempat favourite mak, iaitu Serai.

Lama juga tak makan kat sini sejak aku dan kembar dah pandai cari jalan nak cari tempat makan. Ewah. Aku sebenarnya teringin nak makan nasi ambang. Gara-gara tonton rancangan Kuali Terbalik haritu dorang masak nasi ambang. Aku dah kepingin tapi tak tau nak cari kat mana.

Tapi aku tahu yang Serai ada jual nasi ambang. So, tadi aku makan nasi ambang. Hmm..sedap juga rupanya ya. Tapi aku share dengan mak so dapatlah habiskan tadi. Nasi ambang kat Serai ni memang sarat dengan lauk. Ada rendang daging, udang sambal, mee goreng, suhun goreng, kelapa parut goreng dan sayur campur. Memang betul2 full perut korang. Harga RM20 sepinggan. Makan memang puas
Nak try? Pegi je mana-mana cawangan restoran Serai ya.

Okay...till we meet again


9 comments:

  1. lama dah tak makan nasi ambeng . klu kenduri kat kg , sure lah mkn nasi ambeng ...

    ReplyDelete
  2. lama tak singgah ke sini. aRz kmbali tinggalkan jejak.
    hidangan yang menarik. Di Penang ada tak Serai ni?

    ReplyDelete
  3. Wah.. Sedap tu nasi ambang.. Lama x mkn..

    ReplyDelete
  4. Ni mknn orng jhor kn.. Bkn nasi ambang klau disebut. Nasi ambeng klau xsilap sy.. :)
    Mmng sdap..

    ReplyDelete
  5. tak mahal ek RM20 tu? hehehehe...mgkn sbb sally nampak sikit kot..hahahaha..tamak :P

    ReplyDelete
  6. tak pernah lg makan nasi ambang hehe...

    ReplyDelete
  7. X pnh mkn lg nasi ambang dan x tau rasanya mcm mn...

    ReplyDelete
  8. Hi....cakap pasal restoren SERAI ni saya baru je upload gambar2 masa pegi sini baru2 ni di www.blogmakanbest.blogspot.com
    Memang best makan sini. Senang2 tu singgah la yer blog saya topik pasal makan je 100% hehe...dan nanti jangan lupa follow yer TQ TQ TQ

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads