Friday, June 06, 2014

Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum...

Last week, kami satu unit pergi makan tengah hari di Restaurant Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur. Tujuannya sebab nak merasa keenakan mee tarik yang jadi buah mulut sekampung ni. Kami set dari hari Isnin dan pergi hari Rabu. 

Macam biasa, akan ada satu dua orang wakil unit yang akan gerak awal sedikit untuk book meja. So, En Nazri dan Abang Azham yang pergi awal. Kami gerak lepas tu. Perjalanan agak lancar cuma nak parking kereta macam azab sikit. Kedai tu tepi jalan dan kawasan parking pun sangat terhad. Buat korang yang nak merasa mee tarik tu, silalah parking kereta di kawasan letak kereta yang terletak bertentangan dengan restoran ni. Oh ya, rate parking agak mahal juga tau. Aku letak dua jam je dah RM9.

Sampai je terus dapat menu. Macam-macam ada rupanya. Kalau tak nak makan mee, nasi pun ada juga. So, kat bawah ini adalah apa yang kami order
Nampak panjang senarai kan? Sebab orangnya pun ramai. Kat bawah ni antara yang kami order.




Kalau ikutkan aku, taste dia sedap je cuma kurang sikit dengan tekak pedas aku ni. Kalau bagi aku, korean food lagi kena tekak sebab lagi umph pedas dia. Layanan pun agak slow sikit kat cawangan ni. Kalau yang kat Sg Besi tu okay kot. Kami yang order dulu orang lain dapat dulu. Maybe sebab kami ni ramai sangat kot.


Apa pun, harga yang dikenakan affordable buat semua pelanggan. Bawa RM20 pun dah cukup untuk seorang. Selain itu, portion pun banyak juga untuk seorang makan. Memang berbaloi kalau makan time lapar. Kalau korang nak cuba, boleh je ke Jalan Dang Wangi tu. Selamat mencuba.

Okay...till we meet again

12 comments:

  1. nampak macam best!!! tapi kalau makan ramai2 camni memang rasa lagi meriah...
    insya Allah nanti boleh cuba kalau jalan-jalan area sana...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wow..mcm best je..boleh cuba ni..thanks for sharing :)

    ~ http://ailzab.blogspot.com ~

    ReplyDelete
  3. Mmg sedap kan... Sy selalu mkn cwgn kat sg.besi..

    ReplyDelete
  4. pernah jgak dgr pasal mee tarik nih..
    nampak mcm sedap..:)

    ReplyDelete
  5. mee tarik ni mcm mamee chef ke? hihih sory xpenah makan ada yang nak bawak kn x? hihi

    ReplyDelete
  6. nampak macam sedap je.
    lagi pedas lagi sedap ni.
    kalo saya makan semangkuk x cukup..hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads