Friday, June 13, 2014

Maleficent 3D Awesome!

Assalamualaikum...
image : Maleficent FB
Sebagai seorang yang jarang tengok wayang dan boleh kira dengan jari berapa kali aku tengok movie dalam setahun dan kadang tu berapa tahun sekali, bila aku cakap nak tengok movie ni, memang agak pelik jugalah. 

Ya la, aku ni cuma suka tengok kalau movie tu ada cite magic pastu ada alam kanak-kanak sikit. Aku tak suka movie yang serious gile, tengok pastu kena fikir pastu ending dia romantis bagai. Oh no. Korang bagi aku cite macam Frozen tu, aku nak la.
image : Maleficent FB
Menariknya mengenai Maleficent ni ialah, aku dapat agak yang watak Maleficent ini seorang yang baik. Ala...kalau zaman Disney dulu dia jadi jahat, kali ini mesti watak tu kena twist juga. Macam juga Snow Queen tu. Dalam Frozen, Queen Elsa kan jadi baik walaupun hakikatnya dalam cerita dongeng omputih dulu-dulu Snow Queen tu jahat. 

Kitorang pergi hari Selasa lepas kat GSC Alamanda. Kembar siap beli yang 3D kot. Aku pulak first time tengok 3D. Huih..jakun pulak aku tetibe. Kesian kesian. 

Seriously, cite ni memang best. Very unexpected dan ada juga lucunya. Efek grafik yang diguna pakai memang buat korang terpegun. Keindahan langit dalam filem tu memang buat aku sangat terpikat. Setiap watak ada fungsi dan related to each other. Korang yang teringin nak tengok tu, pergilah sebelum tayangan ni tamat. Memang tak rugi beli tiket. Berbaloi.

Selesai tengok movie, singgah restoran mamak kejap sebab masing-masing dah lapar. Begitulah cerita malam tu.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. Dah lama xtengok wayang sebab suami xminat...xpe2...CD ada...nk kne cari ni...hehe

    ReplyDelete
  2. fizi belom tgk lagi, nanti tgu member download hikhikhik..kak, jemput baca entri libster yang akak tag fizi rietu..http://kakikerja.blogspot.com/2014/06/liebster-award-dari-blogger-ainim.html

    ReplyDelete
  3. best kan...tp akak x tgok yang 3D...tgok biasa je...hehehe..yang penting Dania happy..

    ReplyDelete
  4. best kan. kite pon dah tengok. tapi bukan 3D la. hihi

    ReplyDelete
  5. Ramai plak dok.review best filem ni..

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads