Tuesday, June 03, 2014

Malaysia Consumer Expo (MCE) 2014

Assalamualaikum...
Disini aku saja je la nak war-warkan kat korang yang tengah buat persiapan untuk hari raya nanti macam beli baju ke apa ke atau yang ingin berbelanja dengan berhemah.

Sekarang ni kat ofis aku bekerja ni berlangsung Ekspo Pengguna Malaysia 2014. Ekspo diskaun terbesar katanya. Memang berbaloi jugalah kalau nak shopping. Orang-orang swasta mesti ada yang dah dapat gaji kan. Haa..bolehlah datang. Bukan setakat shopping. Ada macam-macam aktivit lagi tak silap aku. 

Ekspo ini bermula 31 Mei - 8 Jun 2014 bertempat dia MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC), Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dibuka dari pukul 10am - 9pm. Kalau sesiapa yang tinggal area Jalan Duta, Segambut, Mont Kiara ni, lepas kerja bolehlah datang. Kalau jauh sangat boleh je datang hari minggu nanti. 

Jemput datang ya. Ehem..ni saja je nak promote ni sebab dah alang-alang aku pun pergi sekali. Ahahaha


4 comments:

  1. wah sakanlah ni shopping yer? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah kak...setakat beli makan tengah hari je..hahaha

      Delete
  2. wah.. menarik.. blh shopping...

    ReplyDelete

My friend say: