Monday, June 30, 2014

Kenangan Ramadan #1: Sempatkah Sampai Rumah?

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Buat apa tu? Sekarang ni ada waktu senggang sikit. So, nak blogging jap. Bersempena dengan bulan Ramadan ni, aku nak buat entri khas mengimbas kenangan Ramadan sepanjang hidup ini.

Entri kenangan pertama aku nak tulis ialah mengenai perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Bagi aku yang baru 4 tahun memandu ni, dah banyak sangat pengalaman naik lrt dan bus untuk sampai ke rumah. Masa mula-mula aku duduk kat Putrajaya tu, aku bertukar bas - lrt - kereta. Dan selalunya perjalanan nak sampai ke rumah tu memang terlajak je la ke waktu berbuka.

Balik pukul 530pm, nak naik bas ke stesen lrt lagi. Dari stesen PWTC ke Sg Besi tu bukan dekat pun. Kalau nasib tak baik, kena tukar pulak naik ERL. Korang bayangkan betapa penantnya aku masa tu. Tapi kesusahan tu la buat aku jadi tabah sebenarnya. Nasib orang tak mampu nak ada kenderaan sendiri, masa tu la.

Alhamdulillah, sekarang ni dah ada kereta sendiri. Senang sikit nak bergerak. TAPI, ada juga yang pahitnya. Tambahan bulan puasa ni jem kat jalan jadi extra sikit. Kalau hari biasa, gerak pukul 5pm dapatlah juga sampai rumah pukul 6pm tapi bulan puasa kena tambah setengah jam lagi. Haa..gigih sangat kita drive tau.

Biasalah, setiap cara dan jalan itu ada mudah dan susahnya kan. Korang pula macam mana?

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. Bersabar je dik..realitinya bulan puasa nie memang bulan penuh dengan kesabaran..

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan ainim...
    Selamat Hari Lahir Ainim...^_^

    ReplyDelete
  3. actually tahun ni start puasa dan bekerja..so xtau la mcm mn perjalanan ramadhan...mcm tahun sblm ni sbg student..tak byk cabaran..cuma kena berpuasa jauh dr family je..;D

    ReplyDelete
  4. wktu kerja saya jagi singkat. boleh balik pukul 4 ptg. so, takde la jem sangat. tapi sabar je ye. :)

    ReplyDelete
  5. kalau kat cne sabah awal waktu brbuka memang tekejar2 nak balik umah..sib baik dpt balik awal he

    ReplyDelete
  6. tak taulah sempat memasak ke tak hari nie...selalunya MIL dah tolong masakkan...

    ReplyDelete
  7. Hehe... Teringin juga nk citer kn... Nnt lh... Mmg kngn tak dpt dilupakn..

    ReplyDelete
  8. tak de lagi pengalaman mcm tu..:)

    ReplyDelete
  9. Thun ni sy berpuasa tnpa bekerja.. Tp kna bekerja dirumah siapk mkn.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Thun ni sy berpuasa tnpa bekerja.. Tp kna bekerja dirumah siapk mkn.. Hehe

    ReplyDelete

My friend say: