Thursday, June 19, 2014

Jangan Ambil Tanpa Kebenaran. Jaga Etika Blogger

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf andai ada yang melihat gambar arwah sahabat blogger kak Syuhada yang meninggal dunia semalam yang dikongsi oleh mana2 blog yang diambil daripada blog ini. Gambar-gambar tersebut telah pun dikongsi sebelum arwah meninggal lagi.

Isu kali ini agak sensitif terutama kerana ia melibatkan aurat mereka yang telah meninggal dunia. Jujur aku katakan, semasa aku update berita arwah kak Syu meninggal, aku hanya letakkan gambar banner blog arwah kerana aku amat sedar bahawa aku perlu menjaga aib arwah. Ada aku update di entri INI.

Apa yang terjadi pagi ini ialah bila seorang sahabat beritahu aku bahawa gambar aku bersama arwah kak Syu di dalam satu entri blog, iaitu AANS Blog. Amat terkejut kerana gambar yang diambil itu adalah hak milik peribadi aku dan aku tak pernah izinkan sesiapa pun share tanpa kebenaran aku. Setelah diselidik, gambar itu dikongsi oleh blog yang popular iaitu Melvister.

Seperti yang kita ketahui dan HARUS sedar, bila kita berblog, etika itu perlu dijaga. Mungkin aku kena ingatkan kembali.
Penafian dalam blog ini pun aku mention, 'Perlu Mendapat Pengetahun dan Keizinan Pemilik Blog'. Jadi, jangan semudahnya ambil gambar daripada blog ini TERUTAMA yang menjadi hak milik aku TANPA KEBENARAN aku. 

Mungkin blog ini tidak popular sehingga blogger berkenaan langsung tidak peduli untuk minta keizinan aku sebagai pemilik gambar tetapi pernah tak fikir yang aku akan turut sama tanggung dosa kerana gambar tersebut? Pernah tak terfikir hati-hati yang akan terluka akibat gambar itu?

Jangan kerana hendak kejar trafik blog yang tinggi sehingga anda abaikan etika blogging. Blogging secara sihat dan bukan ambil/ curi gambar sesuka hati. Kita adab dan budaya. Hendakkan sesuatu, perlu minta bukan ambil tanpa izin.

Aku dah pun komen dalam blog juga FB Page AANS Blog dan Melvister untuk minta gambar tersebut dibuang. Dan aku akan tetap perhatikan perkembangan terkini samada admin blog/FB tersebut akan ambil tindakan seperti yang aku minta. Aku bukan setahun dua dalam dunia blog ini dan bukan buta etika blogging. Aku memang tak famous tapi aku arif dengan etika blogging.

Aku sendiri dah ambil tindakan dengan membuang semua gambar2 aku bersama arwah yang pernah aku share suatu ketika dahulu daripada media sosial ini. Jadi aku juga berharap perkara yang sama daripada blogger-blogger berkenaan.

Terima kasih juga kepada sahabat aku yang memaklumkan akan gambar tersebut. Aku mungkin buat silap kerana pernah share gambar tersebut. Aku sedari itu. 

Kepada kalian semua, marilah kita berdoa agar roh arwah kak Syu tenang dan bersama golongan yang beriman.

Al-Fatihah

*Edited setelah diselidik punca gambar ini disebarkan

19 comments:

  1. akak pun dah mula edit satu persatu gambar bersama arwah syu... betul tu dalam berblog kena ada etika, jangan simply ambil dan guna semula, jangan simply ambil dan crop lepas tu simply claim sendiri yang punya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. memang silap saya sejak dr awal kerana pernah share gmbr tersebut tapi blogger lain tak patut ambil tanpa kebenaran saya.

      Delete
  2. aib arwah harus la kita jaga...mungkin ada klilaf pada awalnya dahulu...tapi masih belum terlambat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita belajar daripada kesilapan. itu yg perlu

      Delete
  3. setuju akak ! bukan aurat kita je..aurat org lain pun kena jaga..
    and nak ambil hak org pun mmg kne minta izin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Syira. akak mmg kecewa dgn sikap blogger2 mcm tu. apa pun, akak belajar drpd kesilapan sendiri

      Delete
  4. itulah yang bahaya sekarang ni, orang amik sesuka hati. Baguslah anim dah warning itu orang, harapnya lepas ni tak berulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang AANS tu dah ambil tindakan kak. yg melvister tu belum lagi. tp saya tetap akan perhatikan smp dia delete gmbr tersebut

      Delete
  5. betul tu akak...soal aurat ni memang penting...diorang yang hamik tu tak sedar kot kepentingan menjaga aurat walaupun aurat orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Dik Ann. akak sedar silap akak tp org lain tak patut ambil kesempatan

      Delete
  6. salam. betul tu..kita juga kena jaga aurat orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Itah. Kita jaga aib orang nnt Allah jaga aib kita

      Delete
  7. tak baik la macam tu kan...suka sangat nak ambil kesempatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..saya sendiri tak berani nak buat macam tu

      Delete
  8. jaga aib org..Allah jaga aib kita..kita ambil pengajaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mime. sama2 kita ambil pengajaran ya

      Delete
  9. better ubah kat setting or buat diasble right click.so..org xkan boleh copy apa2 artikel or gmbr dr dlm blog kita.sbb sy mmg buat mcm tue.so..xla ragu2 nak post gmbr kat dlm tue.

    ReplyDelete
  10. Etika itu penting, jangan sesedap rasa je, Sila hormati hak orang..

    ReplyDelete
  11. Asslmkm kak.. x patut la orng yng ambik gmbr tu tnpa kbnaran..

    ReplyDelete

My friend say: