Monday, June 16, 2014

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum...

Entri ini mengisahkan perihal manusia zaman sekarang terutama muda mudi kita sekarang ini. Jujur cakap, aku pun takdelah sopan sangat. Kalau dah terlalu marah tu, kadang tak sengaja aku sound juga tapi memang boleh kira dengan jarilah berapa kali je aku buat camtu.

Hendak dijadikan cerita, kisah ini berlaku pada aku dan kawan-kawan pada hari minggu yang lepas. Kisah pertama berlaku di Publika, Solaris Dutamas. Semasa hendak keluar dari Publika, actually menuju ke kereta, aku berjalan seperti biasa dan secara kebetulan, ada sepasang lelaki dan perempuan Cina yang lalu dari arah berbeza. Aku berjalan ke depan dan mereka hendak masuk ke Publika melalui pintu yang aku keluar. Entah tak tahu hujung pangkal, tetiba lelaki cina tu marah aku dengan ayat, "Orang nak masuk dia lalu sini!". Lebih kurang begitulah ayat lelaki tersebut. Ada lagi ayat yang dia cakap tapi aku tak ingat.
image: Google
Aku, kembar dan kawan kami terpinga-pinga bila lelaki tu tetiba je marah aku. Haruslah muka aku hairan. Dia memaksudkan aku menghalang laluan dia. Sedangkan itu memang laluan aku dan aku langsung tak menghalang jalan dia dan arah serta hala kami pun berbeza. Jarak antara kami apatah lagi kan. Pada aku, lelaki itu sangat biadap. Jalan yang besar tu takkan orang lain tak boleh lalu. Kitakan ada adab, at least kalau nak suruh aku berhenti supaya dia boleh jalan melintasi aku, cakaplah "Excuse me". Tak perlulah nak marah-marah aku.

Kisah kedua berlaku di KFC Alamanda. Begini, sekumpulan remaja perempuan masuk ke KFC dan hendak duduk di meja bersebelahan dengan meja kami. Hendak dijadikan cerita, masa itu, aku dan dua orang kawan kami ke kaunter untuk order makanan dan hanya cik kembar je yang jaga meja tu. Meja tu untuk empat orang dan kerusi pun memang ada empatlah juga. 

Nak jadi cerita, tanpa bertanya kepada kembar aku samada kerusi yang ada di meja kami tu ada orang atau tidak, salah seorang daripada mereka terus je rembat kerusi tu. Maka cik kembar pun beritahu sajalah yang kerusi tu ada orangnya. Kawan kepada budak tu boleh cakap begini "Ala...ambik je". Wow..inikah budaya bangsa kita yang kita agungkan sangat ni?

Bila kembar aku mendengus marah, barulah budak tu letak kembali kerusi yang dia ambil tu. Agaknya kawan dia yang suruh amik je kerusi tu tak puas hati, dok pandang-pandang jeling-jeling kat kembar aku. Paling best, semasa dia kaunter, aku yang tak tau cerita ni tetibe terpandang seorang remaja perempuan ni yang aku sedari dok perhatikan aku. Tapi yang menghairankan budak ni dok pandang aku dengan pandangan yang meluat siap jeling-jeling aku bagai. Dalam hati, "Eh, budak ni dah kenapa?". 

Aku memang rasa pelik tapi seperti biasa, aku abaikan je sama macam kes lelaki cina tu marah aku. Aku abaikan. Bila aku kembali ke tempat, tak berapa lama budak yang pandang dan jeling aku tu rupanya duduk di meja bersebelahan dengan kami. Sehingga aku tengah makan dan berbual dengan kengkawan, budak tu masih lagi curi-curi pandang dan jeling kat aku. Sehinggalah kembar bercerita kisah budak-budak meja sebelah tu, barulah aku faham kenapa budak tu berkelakuan begitu.

Oh adik, barangkali mungkin kamu rasa muka akak ni meluatkan ke? Atau kamu terperasan muka akak ni sama dengan kakak yang mendengus marah kepada kawan kamu tu? Dik, tolong jangan berkelakuan begitu. Kawan kamu tu memang dah salah, seharusnya minta maaf bukan jeling orang tak tentu pasal. Kamu yang mungkin tak suka dengan muka akak yang buruk ni, jagalah sikit kelakuan kamu. Jangan hanya berwajah cantik tapi sikap kamu langsung tak seiring dengan kurniaan yang Allah berikan.

Bak kata orang, budi bahasa budaya kita. Budi bahasa tu bukan melalui percakapan saja, bahasa badan pun orang boleh tahu. Kedua-dua kisah yang aku ceritakan sebenarnya menggambarkan sikap sesetengah masyarakat kita sekarang ni. Secara suka hati sound orang tak tentu pasal. Benda yang kecil diperbesarkan. 

Perkara ni reflek bukan saja diluar malah di media sosial pun begitu juga. Bila kita marahkan sesuatu, kita sewenangnya menghamburkan maki hamun kita pada mereka yang kita marah. Kadang orang tu tak buat salah apa pun kat kita, tapi bila kita beri pandangan dan komen ibaratkan orang tu macam pernah bunuh mak ayah kita. Emosi yang kadang langsung tak bertempat.

Kita mungkin rasa amarah kita perlu dilepaskan tetapi pernah tak kita fikir amarah orang yang kita marah tu? Pernah tak kita letak diri kat tempat mereka? Dunia ini bukan milik kita untuk kita buat sesuka hati kita. Kalau kita buat orang, nanti orang buat kita pulak. Bak kata pepatah omputih, What you give you get back. Jangan disebabkan kebiadapan kita pada orang lain, kita pulak nanti rasai kembali dan mungkin lagi pedih. Who knows?

Aku bersyukur sebab Allah masih beri kesabaran dalam diri. Tapi tahap sabar setiap orang itu ada batasnya. Kerana kita ni manusia biasa dan banyak khilafnya. Yes, aku tahu kelakuan mereka yang di atas tadi pun kekhilafan mereka. Tapi kalau boleh dielakkan, sebolehnya elaklah.

Aku cuma anggap mereka terlupa apa itu nilai-nilai murni. Aku anggap mereka tak tahu soal dunia. Harap mereka akan sedar apa yang mereka lakukan. Harap suatu hari nanti, ada orang yang boleh beritahu mereka akan kesilapan mereka.

Ini juga pesanan dan peringatan untuk diri sendiri juga. Ya la, bila kita ingatkan orang, jangan lupa ingatkan diri sebab kita ni pun banyak kelemahannya kan? Baiklah, sekian luahan hati yang agak terkilan sikit ni.

Wallahualam...

2 comments:

  1. Asslmkm kak.. Zaman skrng ni mmng mcm tu la.. Tak thu mna silapnya kn.. Cuma kita yng berakal jgn ikut je la kn..

    ReplyDelete
  2. bahasa jiwa bangsa....kasi lempang 23x kat budak tu....hihi

    ReplyDelete

My friend say: