Friday, June 20, 2014

Belajarlah Selagi Mampu

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Hari ni dah hari jumaat dan bermakna esok hari minggu. Tapi nak ucap selamat berhujung minggu buat negeri yang dah pun cuti hari ini.
Image: Google
Tajuk kat atas tu sebenarnya relate untuk diri sendiri dan mungkin juga untuk korang juga. Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku kembali belajar mengaji Quran di entri INI. Oh ya sebelum tu nak cakap, ini bukan entri nak riak atau menunjuk. Jauh sekali ya.

Kadang-kadang aku fikir yang diri aku ni terlalu banyak kelemahan. Memang aku sendiri tak mampu nafikan. Aku ni bukannya orang alim pun. Bak kata Fynn Jamal, 'Langsung bukan orang alim tapi selalu bercakap tentang baiknya Tuhan'. Ya, aku setuju dan ingin jadi seperti itu. 

Selalu juga aku bermonolog sendiri, aku ni umur makin naik tapi dah berapa peratus je bekalan aku nak ke sana nanti? Entah-entah 10% pun belum tentu kan? Memang kalau difikirkan setiap hari, mau tak lelap seharian aku dibuatnya. Memang aku akui agak takut memikirkan soal mati kerana aku memang pelaku dosa.

Aku selalu lihat kelebihan dan pandainya orang kat luar sana yang bijak cari peluang untuk timba ilmu. Aku? Jujur cakap la, ceramah agama kat surau ofis pun aku jarang pergi. Selalu je ada hal waktu tengah hari. Kadang tu nak lapangkan masa untuk diri sendiri kononnya la ya. Cumanya aku selalu ambil peluang tonton ceramah agama kat tv terutama kalau aku sendirian. 

Bila orang lihat cara hidup aku, aku yakin mesti ada yang tertanya-tanya, bila masa je la aku cari ilmu akhirat. Aku tau ada yang wondering pasal benda tu. Maaflah, aku tiada jawapan untuk soalan itu. Bukan nak mengelak tapi aku lebih suka diamkan apa sahaja yang aku buat kerana aku sangat takut kepada sifat riak. Ya la, kita ni kadang tak sedar riak. Niat nak kongsi perkara baik tapi bila orang yang baca salah tafsir, tak pasal-pasal timbul riakkan? Macam bila korang baca entri ni. Kalau salah tafsir apa yang aku nak sampaikan, tak pasal2 ada orang kata aku ni riak.

Tapi, aku selalu pesan pada diri, belajarlah apa yang baik selagi mampu. Belajarlah selagi takde halangan. Walau orang tak nampak, itu lebih baik untuk diri ini yang imannya amatlah lemah. Kerana belajar ni konsepnya amat luas dan tak tertakluk dikelas semata, maka aku masih cuba belajar tentang kebaikan selagi aku terdaya.

Aku usaha mana yang mampu. Selebihnya aku tawakal kepada ALLAH SWT agar sekecil zarah pun usaha aku akan dapat bawa manfaat pada diri. Pelajaran hidup ni pun masih banyak yang belum aku pelajari. Oleh itu, korang pun bolehlah sentiasa pesan akan kebaikan kat aku ya.

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat blogger seperti +Maria Firdz, Syira Lokman dan lain-lain yang selalu share entri menarik yang berkait dengan pesanan. Aku suka baca kerana itu secara tidak langsung mengingatkan aku kepada kebaikan. 

Sekian, sesi luahan pagi jumaat. Oh ya, Salam Jumaat penuh barakah semua.

Wallahualam

10 comments:

  1. ilmu tu tak selalunya kita kena pergi satu tempat..buku-buku, media seperti YouTube pun byk membantu...asalkan kita pandai bahagikan waktu :)

    ReplyDelete
  2. jgn malu utk mencari bekalan akhirat , jgn takut dikata org sbb ibadah adalah antara kita dgn Allah .

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantiknyaa matahari tu..betul tu Ainim, ayat pertama yg diturunkan pun ialah Iqra' kan :)

    ReplyDelete
  4. saya pun macam tu kak.. kekadang tuh niat menggunung tapi lepas tuh ada saja alasan.
    tak apa insyallah dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat kak.. Insyaallah, belajar selagi mampu, krna disitu adanya ilmu..

    ReplyDelete
  6. wuuu samalah...entah apa bekalan yg nk dibawa kelak..takut tak cukup..sama2 kita perbaiki diri..

    ReplyDelete
  7. cari la ilmu selagi hidup ni..hidup kita x panjang..kena seimbangkan dunia dan akirat..

    ReplyDelete
  8. Btl sgt..ilmu perlu d tuntut dan tiada batasnya.. btw follow sini #494

    http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. semakin banyak kita membaca & menuntut ilmu, makin kita rasa ilmu kita nie sikit je padahal. huhu.

    ReplyDelete
  10. Tuntutlah ilmu selagi hayat dilndung badn... Sy kongsi apa yg termmpu shja... Utk kita sama2 lakukan kebaikan... Insha Allah... Semakin kita bljr smkin kita terasa bodoh sebenarnya...

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads