Monday, June 23, 2014

Apa Nak Buat Kalau Panas Sangat?

Assalamualaikum...
image: Google
Tadi kan aku ada cakap nak berfikir sejenak kat entri INI. Tapi yang aku dapat ialah macam mana nak bagi sejuk sikit.
  • Kerap Mandi - Bila badan panas, kena kerap mandi supaya kelembapan badan tu dapat dikekalkan. Selain tu, kalau kerap mandi, kurang sikit rasa panas tu.
  • Banyak Minum Air - Korang kena banyak minum air terutama air putih. Korang jangan asyik minum manis je, kang dapat diabetes pulak kang. Kalau nak bagi lega sikit, letaklah barang dua tiga ketul ais dalam air putih tu, ada la sejuk-sejuk sikit
  • Pasang air-cond - Haa..yang ni sebenarnya tak berapa bagus sangat untuk jangka masa panjang. Bil elektrik meninggi gitu. Nak lagi bagus dan bagi pengudaraan yang baik, korang pasang sekali kipas. 
  • Pergi Berkelah - Okay..yang ni aku dok fikir, bagus juga. Korang pergi la kolam air terjun macam yang kat Sg Congkak tu ke, atau mana-mana je la. Air tu selalunya sejuk. Selain dapat sejukkan badan, dapat juga eratkan silaturrahim kalau korang pergi dengan keluarga atau member la. Tapi awas, kena berhati-hati. Kang ada yang lemas pulak kang. Yang nak pergi dengan couple tu, sila jaga batas pergaulan anda ya. Ehem
  •  Pergi tempat sejuk - Haa..yang ni aku rasa sesuai kalau ke Cameron Highland ke, Ranau ke, Kundasang ke. Tapi kalau korang memang duduk situ kira beruntunglah ya. Aku cadangkan sapa yang ada bajet lebih, cuti tahunan tak usik lagi, bolehlah ke sana.
Yang aku cadangkan kat atas ni apa yang terlintas dalam fikiran aku je. Takdelah ikut mana-mana petua atau amalan kesihatan ke apa. Oh ya, ini pun apa yang aku teringin nak buat sebenarnya. Hahaha. Sekian, sesi merapu jap.

Okay...till we meet again
     

10 comments:

  1. hehe... sangat membantu masa2 cuaca panas sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Prince Duyong...tetibe teringin nak g mandi kat air terjun

      Delete
  2. Arol banyakkan minum air jek. Asyik turun kafe beli ais. Dapat minum air sejuk baru rasa macam lega sikit. Bestnya kalau dapat bercuti kat tempat sejuk sekarang nie! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni arol, dah rasa macam nak simbah badan dengan ais, boleh tak?

      Delete
  3. mmg kena minum air byk banyak...kalau rasa malas..boleh minum 100plus ke...boleh elak dehydration

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100plus manis sayang. lagi tekak takleh nak terima

      Delete
  4. klau sy kak buat yng atas sekali tu.. sbb time prgnt ni nk kna jga2..

    ReplyDelete
  5. saya amal kerap mandi dan minum air masak sebanyak mungkin.

    ReplyDelete
  6. Hmm... Mmg musim pnas skrg kn... Rasa nk mndi sejam sekali je..

    ReplyDelete
  7. Kat mn area kl ni ada air terjun??? Hihihihi

    ReplyDelete

My friend say: