Sunday, May 04, 2014

Vendeur Festival 2014

Assalamualaikum...

Image: FB The Vendeur
Ehem ehem..batuk kecik jap. Macam tau-tau je aku tengah mencari baju untuk majlis perkahwinan kakak aku bulan depan. Aku memang tengah mencari mana-mana butik atau event yang menjual pakaian daripada butik-butik yang ada kat Malaysia ni.

Sebenarnya, dalam usaha mencari baju yang sesuai, aku ada juga survey butik-butik baju dan juga di Facebook dan juga online shop. Aku dah start survey since last month tapi masih belum jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Oh ya, ada juga yang berkenan tapi bajet tak sesuai. Bajet aku takde la sampai lebih dari RM300. Ye la, aku setakat jadi pengapit je pun. Hehehe

Eh..panjang pulak mukadimah aku kan. Ala..sebenarnya aku nak bagitau korang yang minggu depan akan ada Vendeur Festival 2014. Event ni akan tampilkan butik-butik terbaik seluruh Malaysia. Dengar kata siap akan ada diskaun lagi. Banyak tau butik-butik yang akan ambil bahagian. Silap haribulan, rambang mata nanti. Oh ye, festival akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam.

Aku dapat tau pun daripada instagram Ameera Zaini dan kembar aku pun ada bagitau event ni. Haa..dah alang-alang aku dan kembar tengah mencari baju ni, elok sangatlah kami ke event ni nanti. Manalah tahu berjumpa apa yang dihajati.

Korang yang berminat dan ada cukup bajet nak shopping, aku sarankan korang pergi event ni. Kalau dapat diskaun, lagi jimat duit kan. Kalau korang nak info lanjut, korang boleh ke Facebook The Vendeur atau pun ke Instagram The Vendeur. Tapi kena request follow dululah.

Okay...till we meet again

6 comments:

  1. waaaa.. dpt la shopping lps ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..Ejulz, sesekali je nak shopping

      Delete
  2. saya pun tengah duk usha2 baju untuk kahwin jugak nanti ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..dah elok sgt tu Nik..mana tau nnt jumpa yang berkenan

      Delete
  3. sesuai lah dgn raya yg dah makin hampir ...

    ReplyDelete
  4. Jangan lupe singgah dkt booth i LavendStyle.heeee.siap promote lak kann

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads