Friday, May 09, 2014

The Arts Of Publika

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Korang buat apa tengah hari ni? Aku ada projek nak buat ni tapi saja je nak share dengan korang arca yang ada kat Publika. Seronok jalan-jalan sambil bergambar dengan kengkawan. Meredakan stress bekerja katanya. 


Aku ada share dulu tapi gambar dengan cik kembar aku. Aku suka je tengok arca kat Publika ni. Even pelik tapi menarik. Warna merah pulak tu semuanya. Dah la besar siap aku boleh buat jadi bahan idea nak update instagram lagi.

Satu yang aku suka kalau Publika ini ialah melihat seni pada reka dalaman bangunan ini. Kalau korang masuk Publika ni, sangat lain dari yang lain. Ada banyak arca-arca yang menarik menghiasi bangunan ini. Selain itu, ianya diperbuat daripada barangan terbuang dan terpakai. Hiasan didinding bangunan ni pun menarik tau. Design kedai-kedai pun menarik je. Macam best kalau tengok. Selain ada tempat duduk yang membolehkan pengunjung berehat dan menghayati hasil karya pembuat arca tu.

Walaupun Publika ni lebih banyak pejabat tapi restoran pun sama banyak je aku tengok cuma korang kena pandailah untuk mencari mana yang halal atau tidak. Oh ya, selain tempat-tempat makan yang pernah aku share dalam blog ni, ada juga tempat makan menarik yang masih belum aku share dengan korang sebab tak sempat. Nanti kalau ada masa aku share ek.

Ahaha..kalau korang rajin ke Publika confirm jumpa arca-arca ni. Aku ni skang dah jarang ke Publika sebab susah nak dapat parking. Kalau lepas office hour baru senang dapat parking. Tapi kalau asyik lepas office hour memang takdelah aku nak jejak sana selalu sebab nanti aku sampai rumah lambat.

Korang layankan je la gambar tu sambil-sambil makan tu ya.

Okay...till we meet again

25 comments:

  1. hehehe...seronok dia berjalan! hahaha....

    ReplyDelete
  2. sapelah yg kurus tinggi tu? hehee...hensem tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kurus tinggi tu abang besar namanya kak
      hihih

      Delete
  3. tak ajak akak pon..hihi...
    memang cantik lah dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak nak turun KL..meh sini meh

      Delete
  4. Replies
    1. Heheh..seronok Syira. tambah kalau spend time dengan kengkawan

      Delete
  5. sambil makan stroberi sundae sambil layan entri anim ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah gitu sekali akak ek. hehe..tq kakak sayang

      Delete
  6. unik & menarik la..kat cne tak ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Lya..kat Publika ni semuanya unik

      Delete
  7. Bestnye!
    Jemput singgah ke http://eykabaha.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  8. Waa... Syoknya tgk hasil seni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tengok seronok juga Maria

      Delete
  9. eehh.. maaf.. nak tanya.. publika ni kat area mana ya? makcik ketinggalan jet dah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Publika ni kat Solaris Dutamas, KL area jalan duta.

      Delete
  10. kite nampak gmbar niee :P
    hehee setuju.!
    nmpak pelik tapi menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. eiqa tengok kat instagram akak ek?

      Delete
  11. Bestnya...lama x lepak sana...bila nk ajak akak ni?

    ReplyDelete

My friend say: