Saturday, May 03, 2014

Summer oh Summer

Assalamualaikum...

image: Google
Aku suka tengok gambar kat atas tu. Aku sebenarnya suka summer sebab aku teringin nak bermain kat padang hijau yang sangat luas. Aku nak main lari-lari dengan kengkawan aku. Aku teringin nak piknik dengan keluarga dan kengkawan kat padang luas tu sambil menghirup angin ciptaan Allah. Sambil bergurau senda sambil gelak ketawa.

Seronokkan sekali sekala berangan macam ni? Hehehe..aku ni memang suka berangan. Tapi aku suka berangan perkara yang best macam kat atas ni la. Aku suka lihat pemandangan alam ciptaan Tuhan. Indahnya tiada tandingan. Ye la, Allah kan Maha Pencipta. DIA yang ciptakan kita kita semua..Dia yang ciptakan alam semesta ni. Mana ada ciptaan Allah yang tak cantik. Semuanya indah belaka.

Sorrylah korang terpaksa melayan angan-angan aku ni. Entah, lately ni aku suka berangan benda-benda macam ni. Seronok je..ke sebab aku memang teringin sangat ni.
Bila tengok gambar kat atas ni, aku cuma bayangkan kami kat atas padang hijau yang luas tu. Seronoknya..hehehe

Okay...till we meet again

6 comments:

  1. padang hijau lepas tu banyak bunga2 segar. nimatnyaaa. hehe

    ReplyDelete
  2. Tutup mata dan bayangkan padang hijau, kuch kuch hota hei hehe... Saya singgah menabung darlie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Dzureen..haha..ni mesti minat hindustan kan

      Delete
  3. rasa nak baring tengok matahari...

    ReplyDelete

My friend say: