Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Pastinya khabar sedih ini sudah diketahui oleh kalian semua melalui berita yang diumumkan oleh YB Menteri Besar Perak petang tadi. 
image: Facebook
Baginda Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah telah mangkat pada 1.30 pm hari ini. Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini. Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan
Sumber: SINI, SINI dan SINI

Khabar sedih ini memang mengejutkan aku sebagai seorang anak kelahiran negeri Perak. Walau tak pernah sekali pun berjumpa baginda, tetapi sebagai rakyat jelata, aku bangga punya Sultan yang bijaksana dan adil kepada rakyatnya. Sebak rasa hati ini kehilangan Almarhum baginda Sultan. Doaku agar roh Almarhum baginda akan dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman. AL-FATIHAH.

Wallahualam...

3 comments:

My friend say:

Nuff Ads