Thursday, May 08, 2014

Spicy Vegetable Soup Ala Korea

Assalamualaikum...


Eh eh..menjadi-jadi pulak aku update entri makanan korea ek. Ya ampun...mohon maaf sebab tengah ada idea nak update walaupun setakat update pasal makan. Mohon maklum tuan blog ni memang foodie sikit. Ewah..


Ni aku tak ingat bila date tapi rasanya hujung minggu lepas ni. Aku dan kembar buat projek memasak kat rumah malam-malam. Konon sebab nak makan something different kononnya. Masa MIHAS yang lepas, kitorang adalah beli beberapa jenis ready to eat octopus yang memang dah ada red chili paste semua tu. Akan tetapi disebabkan kembar aku teringin nak makan benda tu dalam keadaan yang betul-betul dah masak, kitorang pun mulalah merapu.

Konon-konon nak try buat soup ala-ala orang korea  buat tu. Ye la, kalau spicy soup orang korea kan semuanya warna merah dan macam kimchi stew tu. Jadi kitorang pun try la buat ala-ala rupa itu. Bahan-bahan pun tak banyak. Sekadar ready to eat octopus, sayur-sayur ikut suka hati, korean red chili paste, kiub ayam dan sedikit garam. Oh ya, kitorang letak juga cili potong nak bagi efek pedas kononnya.

Masaknya pun simple. Campak-campak macam Jamie Oliver dan Chef Wan buat tu je. Paling penting takde guna minyak ya. Ni memang sihatlah ni. Minyak tu terhasil daripada kiub ayam tu nanti. Eh ye ke? ahahaha. Mula-mula letak dulu ready to eat octopus tu dalam periuk yang berisi air. Dah tu tunggu agak nak mendidih letak pulak red chili paste tu dan sekali dengan kiub ayam. Dah menggelegak baru letak sayur-sayuran ikut mana yang paling lambat masak cam contoh carot pastu baru kobis dan sekian sekiannya la ya. Eh lupa la..kitorang letak daging burger sebab nak bagi ada rencah kononnya.

Agak-agak dah nak masak tu rasalah dulu. Kalau rasa cam dah sedap tapi tak berapa nak menyengat, korang letak garam. Oh ye, garam tu nak bagi rasanya lagi umph. Dah confident sedap, silalah tutup api dan bolehlah dihidangkan. Simple mimple uolls. 

Aku makan gitu je tapi kembar makan dengan nasi. Memang sedap dan rasa tak bersalah pun kalau nak repeat masak berkali-kali. Baik..rasanya ni first time aku taip entri sekali bagitau cara memasakkan? Kiranya pasni korang boleh try la ek.

Okay...till we meet again

16 comments:

  1. Replies
    1. hehe..sedap. meh datang rumah ya

      Delete
  2. Haihhh mujur dah nak masuk time lunch ni hehehe. Telio habih dah ni :p

    ReplyDelete
  3. ehehehe... nampak macam sedap... teringat tom yam pulak... tengok kepada gambar tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..rasa dia tak macam tomyam tapi macam sup biasa tu

      Delete
  4. Replies
    1. Lieya, nanti try la ya. confirm sedap

      Delete
  5. mcm masak kari plak kan ainim

    ReplyDelete
  6. hihi...kalau dah campak2 memang sah lah sedap...
    sebab yang main campak2 nie...memang yang pandai memasak..hihi

    ReplyDelete
  7. Macam best aje macam sedap ajeee. ehhee :D
    Memang sihat sgt la kak klu xde guna minyak.

    ReplyDelete
  8. wow marvelous.. lepas nih boleh bukak kedai lah kak..hehehe..

    ReplyDelete

My friend say: