Friday, May 02, 2014

Simple Celebration for April & May Ladies

Assalamualaikum...

Lanjutan daripada entri yang aku update hari Rabu lepas kat entri INI

Tengah hari tu Rabu tu, aku dan Ridzuan ke Plaza Damas sebab nak beli kek. Actually, pepagi tu aku dah cakap kat kengkawan unit yang aku nak celebrate birthday untuk Kak Ida dan Cik Huda. Makanya bermulalah sesi survey kat internet kedai kek paling dekat area jalan duta tu.

Banyak kot tapi disebabkan tak tahu status halal, aku dan Ridzuan pilih jalan selamat dengan beli kek di Secret Recipe, Plaza Damas. Kami pilih Blueberry Cheesecake. Semata-mata beli kek je tengah hari tu. Tapi kami celebrate dalam pukul 4pm sebab kesibukan bekerja kan.

Simple celebration. Betul2 dengan sebiji kek je cukup untuk jadikan majlis tu sangat meriah kerana karakter warga unit yang memang gila2. Apatah lagi kami bergambar guna monopod yang aku baru beli tu. 



Unit aku tak besar mana tapi Alhamdulillah, walaupun unit yang sibuk, tapi masih boleh diselitkan aktiviti macam ni. Aktiviti makan-makan memang cukup untuk mengeratkan hubungan silaturrahim kami. Walaupun di antara kami dengan pelbagai karakter, itu yang menjadikan kami erat macam sebuah family. Pada aku, semuanya terletak pada hati. Kalau kita ikhlas, tanpa perlu berkata di khalayak pun, keikhlasan tu akan tergambar.

Alhamdulillah, walaupun macam2 yang kami lalui tapi kami dapat selesaikan bersama. Alhamdulillah, syukur kerana aku dikurniakan rakan sekerja yang baik hati dan sangat membimbing aku. Esok ada orang baru di unit ini. Siapa ye?

5 comments:

My friend say: