Friday, May 09, 2014

Sifat Sedekah dan Pemaaf

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar ya? Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas. Oh ya..aku saja je buka website JAKIM tadi sekadar nak mencari info dan bahan ilmiah. Eh, dah macam menelaah pelajaran je kan. Jom kita baca dan semak diri kita.
image: Google
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.
Huraian Hadith:

  •  Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya.
  • Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah Taala.
  • Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian.
  • Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.
  • Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah akan mendapat kedudukan di hati manusia  dan ganjaran yang besar di sisi Allah. 
Sumber : SINI

Semoga kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita ya. Ini sebagai friendly reminder buat diri sendiri juga ni.

Wallahualam...

10 comments:

  1. semakin kita bersedekah semakin murah rezeki kita, tapi haruslah ikhlas ye tak anim? salam jumaat... miss you... (gedik walhal baru jer what's app tadi kann?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..betul kak. tak pernah dengar orang jatuh miskin sebab rajin bersedekah melainkan dia tak pernah ikhlas dengan sedekahnya itu kan. :)

      Delete
  2. Alhamdulillah dik...banyak2 sedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kita pelan2 amalkan ya kak

      Delete
  3. Nice sharing.. Salam jumaat ainim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Maria. Salam jumaat untuk Maria juga

      Delete
  4. buat orang lain tersenyum, kita juga turut tersenyum kan..:)

    ReplyDelete
  5. Rezeki kita akan melimpah2 andai kita bersedekah kpd yg memerlukan...insyaallah. .

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads