Sunday, May 11, 2014

Shopping @ The Vendeur Festival

Assalamualaikum...

Wah..dah lewat malam baru dapat update. Seharian ni busy menulis artikel kekdahnya pastu edit gambar lagi. Ni baru sempat nak jengah blog. Kang aku blog walking sekali ya.

Semalam petang aku ke Vendeur Festival seperti yang aku ceritakan dalam entri INI. Aku pergi dengan kembar dan seorang lagi rakan dengan tujuan untuk mencari baju majlis perkahwinan kakak aku Jun ini. Harapan tinggi menggunung tau dalam hati ini. Pergi siap guna Waze sebab aku tak pandai jalan. ahahah

Alhamdulillah tak sesat TAPI jalan nak masuk ke stadium tu gile punya jem. Dah la jem nak masuk parking, nak masuk stadium tu pun jem tau. Punyalah sesak dah macam apa tah. Aku rasa nak masuk stadium nak tengok konsert Super Junior pun tak sesak macam ni. Huh..

Dapat je masuk stadium terus je ke gerai Aidijuma sebab itu gerai paling dekat dengan pintu masuk. Kembar aku nak beli tudung Aidijuma tu sebab dia memang pemakai tudung bawal sejati. Lagipun, ada kawan lab dia pun kirim belikan juga. Aku layankan aje lagipun memang takde nak kejar masakan. Sambil tunggu kembar memilih tudung AJ tu, aku sempat usha-usha ke gerai Radiusite tapi takde shawl yang menarik hati aku pun.

Selesai kembar beli kat gerai AJ, kami teruskan perjalanan dan singgah digerai Sugarscarf. Aku beli madison scarf. Lepas tu kami teruskan berjalan hingga ke seluruh gerai yang ada di Vendeur Festival tu. Antara gerai yang dan kembar beli ialah Anggun Zara, Tudung People, E Dast. Gerai-gerai lain tu sekadar singgah dan melihat-lihat je la. Disebabkan harga yang murah, takde la rasa takut nak keluar duit. 

Cuma aku kecewa sebab beberapa gerai yang aku singgah sebab berkenan dengan bajunya tapi malang takde saiz dan warna. Kuciwa hatiku. Nampak gayanya aku terpaksa juga ke Bangi atau pun Shah Alam untuk cari baju-baju yang sesuai. Kalau tak jumpa juga, kenalah tempah. hmm

Tahniah aku ucapkan kepada penganjur The Vendeur Festival ini kerana berjaya menganjurkan satu pesta jualan yang menggabungkan para peniaga online terutama dikalangan bumiputera. Walau ada kekurangannya diharap dapat diperbaiki dan semoga dapat lagi menganjurkan juala seperti ini ditempat yang lebih besar dan selesa.

Okay...till we meet again

4 comments:

  1. syoknya.. ramai gak kawan Ros yang updated pasal ni.. kalaulah dekat, nak jugak gi sana...

    ReplyDelete
  2. ya Allah tak bestnya tempat sesak mcm tu.. tak boleh berfikir..-.-

    ReplyDelete
  3. wowww.. bestnya kak dpt shopping.. :)

    ReplyDelete

My friend say: