Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

Entri ucapa ini memang sengaja dilambatkan ya kengkawan semua. Ala, kalau semua dok buat entri yang sama waktu pagi, tak best pulak kalau malam takde kan. Hahaha..okay, itu alasan semata.

Ucapan kali ini ringkas sahaja. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru buat semua pendidik diluar sana dan juga buat ibuku yang menjadi guru terbaik dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini.
image: google
Buat guru-guru yang mengajar aku disekolah dulu, terima kasih untuk setiap ilmu yang diberi dan dicurahkan tanpa jemu terutama Cikgu Laila, Cikgu Habsah, Cikgu Khadijah, Mr. Quah Say Hong, Cikgu Azizah, Cikgu Mahanizan, Cikgu Hayati, Ustazah Zuriah, Ustazah Noraini dan guru-guru yang tak dapat aku sebutkan disini. Terima kasih kerana mengajar saya tanpa jemu. Buat guru sejarah aku masa Form 2 dulu, Cikgu Fadzli, terima kasih kerana banyak bersabar dalam mengajar kami terutama aku yang memang cukup nakal dengan cara aku tersendiri. Oh, tetibe rindu cikgu-cikgu semua.

Buat Mentor dan juga guru ku didalam dunia blog, Kak Mia Liana, terima kasih kerana sudi mengambil saya sebagai protege pada tahun ini. Memang tak sangka pertemuan pada satu bengkel di Kuala Lumpur tahun lepas mengeratkan hubungan kita. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi. Terima kasih kerana mempercayai saya. Inshaa Allah, saya akan cuba yang terbaik untuk perbaiki ranking saya. 

Bila tiba hari guru je, confirm dalam kepala aku ada satu lagu je. Dan yang pasti, bila dengar lagu ini aku memang akan teringat guru-guru yang sangat baik terhadap aku.


Credit: exorcism09 YT

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. selamat hari guru ... singgah dan follow sini.. salam kenal

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru buat semua warga pendidik.. dah lama x dengar lagu nasyid tu.. hehe
    menabung sini.. :)

    ReplyDelete
  3. selamat hari guru.. teringat semua kenangan sekolah..:)

    ReplyDelete

My friend say: