Monday, May 26, 2014

Santai Di Ko Hyang Restaurant

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Dah makan tengah hari? Ini kisah dua hari lepas.

Hari sabtu lepas, aku dan kembar keluar makan sebab kembar teringin nak makan makanan korea. Lepas ambil kembar dari hospital, kami terus menuju ke Cyberjaya. Niat asal nak ke Shaftsbury Square sebab nak ke Ko Hyang Restaurant. Dulu-dulu aku ada pernah cerita mengenai Ko Hyang kat entri INI.

Kali ini, kami makan Yuk Gae Jang , Kal Guk Su dan Kimchi Jeon. Aku makan yang Yuk Gae Jang dan kembar makan Kal Guk Su. Aku rindu nak makan Yuk Gae Jang kat Gomonae, Ampang Point tu. Hehehe. Sedap tau. Sambil menunggu menu sampai, kami layan lagu-lagu music video kpop yang dipasang tu. Layan je la kan walau takde Super Junior..ehehe

Dah sampai menu, apa lagi, baca Bismillah, doa makan....MAKAN. 

Apa yang aku boleh cakap, nasi untuk Yuk Gae Jang tu memang best tapi aku lagi suka Yuk Gae Jang yang kat Gomonae tu sebab bawang tak banyak. Hehehe. Aku kan tak suka nampak bawang-bawang dalam makanan aku. Ahahaha. Kal Guk Su tu sedap tapi plain je rasa dia. So, kembar aku dok letak kimchi dalam makanan tu dan juga letak sup Yuk Gae Jang aku tu. Sambil tu jamah sekali kimchi jeon sekali.

Sesekali makan okay la kan. Nak makan hari-hari takde la aku nak buatkan. Jemu. Nak pergi? Ni ada alamat kat bawah ni:
Shaftsbury Square, Cyberjaya
Lot P 1-20, Shaftsbury Square
Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Delivery service available: 03-8322 6168

Okay...till we meet again

19 comments:

  1. salam. waa..terliur tengokk :))

    ReplyDelete
  2. xpernah mkn makanan korea..:)

    ReplyDelete
  3. Kal Guk Su dia sedap...? Sally pernah makan sekali je...tapi x ingat kat mana...x minat sgt sbb rasa byk ikan bilis camtu laa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kal guk su dia sedap. takde ikan bilis pun sally. yg ni seafood je.

      Delete
  4. alamak dah le kite pose..tgk bertmbh terliur la. iman teringin mkn korea ni tapi xd geng yg suke.lagi satu iman xtau nk oder.

    #aah iman org T.I

    ReplyDelete
  5. Glad to have found your site. Keep up the good work! DB Product Review

    ReplyDelete
  6. argh sedapnya...tengah tengah puasa tengok makanan ni dia rasa macam mengidam sangat haha...

    ReplyDelete
  7. om nom nom... sodap ke makanan korea yg berkuah ni?? hehe

    ReplyDelete
  8. mcm sedap mcm best je.. sedap tak ainim?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih ya

      Delete
  10. tak pernah makan korean food...berapa harganya ek?

    ReplyDelete

My friend say: