Friday, May 30, 2014

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

Assalamualaikum...
Image: GOogle

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada Khamis diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisyitharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, di sini.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin membuat pengumuman itu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan di Balairong Seri, Istana Iskandariah, pada pukul 3.15 petang.
Raja Nazrin, 58, kini dikenali sebagai Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Sumber : SINI 

Kata pepatah orang dulu-dulu, Patah tumbuh hilang berganti. Kini negeri kelahiran tercinta, Perak Darul Ridzuan akan diterajui dan diperintah oleh Sultan Nazri Muizzuddin Shah. Merafak sembah menjunjung kasih, ucapan tahniah buat Paduka Sultan. Sebagai rakyat jelata, memang bangga punya pengganti Sultan yang turut berwibawa. Tidak dinafikan, hati ini masih sebak dengan kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah. Walau tak pernah sekali pun berpeluang untuk melihat Almarhum Sultan, tetapi kewibawaan Almarhum adalah sangat dikagumi.

Semasa masih kecil lagi, pernah aku membaca sebuah buku yang mencatatkan rekod-rekod bersejarah orang Malaysia dan Almarhum Sultan Azlan Shah antara yang turut direkodkan di dalam buku tersebut sebagai Sultan dan kerabat diraja yang paling pandai. Turut aku baca ialah sejarah semasa pertabalan Almarhum sebagai Sultan Perak selepas mangkatnya Sultan Idris. 

Kini semuanya tinggal kenangan. Semoga Almarhum Sultan Azlan Shah tenang di sana dan doaku semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Buat Sultan Perak yang baru, Patik doakan Tuanku dapat menjadi pemerintah yang adil lagi bijaksana. Doa patik agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas memerintah negeri Perak dan semoga negeri ini terus makmur dibawah naungan Tuanku. 

DAULAT TUANKU

3 comments:

My friend say:

Nuff Ads