Tuesday, May 27, 2014

Petua Sembuhkan Demam Selesema

Assalamualaikum...

Aku sedang alami selesema teruk ni. Aduh...esok rasanya kena juga pergi klinik ambil ubat.
image: Google
Tapi aku nak share dengan korang petua untuk hilangkan demam selesema yang aku jumpa dari sumber menggoogle
Halia
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari
Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan
Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik
Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema
Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah
Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema
Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak
Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam
Sumber : SINI

Kena tido awal sikit malam ini..

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. air beras tu menarik.. tq!

    get well soon ye, byk2 rehat tau.. :D

    ReplyDelete
  2. yup, benar, terutama tentang sakit tekak tu...sangat-sangat berkesan...
    saya dah cuba, masa tu sakit tekak yang amat sangat, pastu gatal lak, rasa macam nak masukkan jer tangan ni dalam mulut dan garu anak tekak tu sepuas hati...
    last-last teringat tentang madu yang bersifat anti bakteria, saya ambil sesudu madu asli dan telan (bukan telan habis) tapi biarkan ia di anak tekak seberapa lama yang kita boleh...terus hilang gatal-gatal tekak dan tak batuk lagi...
    kalau tak, memang seksa sangat la rasanya...
    ada beberapa info yang menarik tentang penyakit yang selama ini kita kurang tau di blog saya.
    apa-apa hal pun, sakit ni ujian dari Allah...untuk nak naikkan darjat kita.
    ~blogspot ; rawatankanser2013

    ReplyDelete
  3. Natural remedy yg terbaik...

    ReplyDelete
  4. nice sharing...boleh diamalkan....

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads