Monday, May 19, 2014

Penantian Itu Suatu Penyiksaan

Assalamualaikum...

Tajuk kat atas tu memang sengaja nak bikin gempak. Ala..sesekali nak meluah rasa takpe kan. Dah namanya pun blog peribadi. Tapi ini bukanlah cerita dalam kain ya. Sekadar nak meluahkan sedikit rasa dalam hati.

Kata orang, penantian itu suatu penyiksaan. Ye ke? Korang suka menunggu tak? Contohnya, korang janji pukul 10am tapi orang tu datang pukul 12pm. Ada kes sampai tetibe orang tu cancel pulak. Korang rasa macam mana? Rasa tersiksa tak? Aku pernah je tapi aku ngaku pernah la juga aku buat muka. TAPI itu dulu-dulu time tak dapat control emosi. 
Image: Google
Kes lain, korang menanti suatu jawapan daripada seseorang, tapi tak dapat-dapat jawapan yang diinginkan. Korang tunggu punya tunggu sampai korang hampir terlupa akan penantian tu sedangkan sebelum korang memang hangin satu badan sebab tak dapat-dapat jawapan. Ada pulak bila dapat jawapan, negatif pulak jawapan tu.

Haa..kes kat atas tu sebagai contoh je ya. Takde reflect kepada sesiapa pun. Sekadar nak bagi contoh penantian. Aku ni pun sedang menanti sesuatu ni. Lama juga ku tunggu tanpa khabar berita. Adoi...nak ku mengadu, tidak ku tahu kepada siapa. Hendak ditangisi, air mata tak nak turun. Mau ku kejar jawapan tapi takde siapa nak bagi jawapan. Apakah?

Sesungguhnya penantian itu suatu penyiksaan walaupun ada kalanya penantian itu sebenarnya hanyalah untuk menguji kesabaran. Aku akan tetap sabar dan setia menunggu jawapan sehingga ku temui akhirnya jawapan. Ewah..dah macam ayat apa je kan. Tapi jangan salah faham ya, ini takde kaitan dengan soal cinta sebab tuan blog tak jatuh cinta pun lagi. Hahaha

Maaflah korang terpaksa melayan entri merapu sikit petang ni..

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. Replies
    1. samalah saya kak tapi kadang tu kena redha je la

      Delete
  2. pastu tetiba datang buat muka tak bersalah..lagi rasa nak flying kick!

    ReplyDelete
  3. hamboii kemain lagi ayat dalam perenggan ke4 tuu.. hahaa
    ponah jo den rasoo..
    biasalah hidup. ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..sesekali nak bermadah Eiqa..ewah..hahaha

      Delete
  4. Akak paling x suka bab menanti..janji tinggal janji tanpa sesuatu yang pasti...sedih tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya okay lagi kak asal jgn cancel dah

      Delete
  5. penantian menguji kesabaran..
    berharap penantian berbaloi..:)

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads