Thursday, May 29, 2014

Mohon Doakan Kesihatan Suami Mak Dara

Assalamualaikum...

Rasanya rata-rata kalian mungkin sudah mengetahui keadaan kesihatan suami blogger popular Mak Dara yang kini berada di dalam keadaan kritikal. Suami Mak Dara, Martias Ali disahkan menghidap kanser darah stage 4.

Aku tak begitu mengenali Mak Dara tetapi sebagai seorang rakan blogger, turut bersimpati dengan ujian yang sedang dilalui oleh Mak Dara sekeluarga. Khabar mengenai suami Mak Dara ni pun aku dapat tahu daripada sahabat blogger Kak Mia Liana dan Sally Samsaiman. Semalam Kak Mia dan Sally ada menziarahi suami Mak Dara. 

Allahuakbar, hebat sungguh ujian yang kau berikan buat suami MD. Tiada kata yang mampu dilafazkan melainkan iringan doa agar suami MD akan dapat bertahan dan tabah menghadapi kesakitan itu. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa. Moga Allah memberi rahmat buat suami MD dan MD sekeluarga.
image : Google

Wallahualam...

3 comments:

  1. terkejut bila buka fb tadi kak.. sebabnya sebelum2 ni tahu juga kisah ni kat fb.. Allah lebih syngkannya.. al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kita doakan buat Mak Dara ya

      Delete
  2. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    ReplyDelete

My friend say: