Sunday, May 18, 2014

Misi Pencarian Selesai

Assalamualaikum...

Semalam aku cakap nak cerita malam semalam juga kan? Tapi sorry sebab malam tadi dah keletihan ya amat. Maklumlah, travel Putrajaya - Bangi - Putrajaya - Shah Alam - Putrajaya. Dari tengah hari sampailah malam. Fuuhhhh....

Punyalah berjam-jam keluar rumah. Memanfaatkan sedikit kelapangan yang cik kembar ada untuk cari baju tu. Maklumlah, kembar aku ni busy sangat orangnya. Jadi, sesekali dia cuti ni lah kena gagahkan mencari. Nasib berjaya mencari walau tadi dah rasa pening dah sebab tak jumpa-jumpa. Masa di Bangi tadi, hampir semua butik kat Seksyen 8 dan Bangi Gateway tu kitorang terjah tapi tak jumpa juga yang berkenan dihati. Hmm...sebab dalam hati dah berkenan kat satu dress ni butiknya di Shah Alam.


Memandangkan mak dah tak larat, kami hantar mak pulang ke rumah sementara kaknyah pulak keluar. Aku dan Ain teruskan misi kami ke Shah Alam pulak. Gigih guna waze sebab nak cari jalan ke Alam Avenue. Haa..ni la akibatnya pandai sangat jalan kan. Alhamdulillah, tak sesat pun kami. Apa yang pasti, kami siap jelajah ke hampir semua butik yang ada kat Alam Avenue. 
Image; MinimaLace FB
Image; MinimaLace FB

Tapi, dalam kepala ni dah dok teringat kat MinimaLace (ML). Mulanya kami ke Scarffeya sebab aku memang ada berkenan dengan baju kat situ tapi malang sebab saiz tak banyak dan bertepatan dengan tema majlis. Jadi, segalanya dilupakan. Okay, dipendekkan cerita, setelah puas menjelah, akhirnya kami berjumpa juga dengan MinimaLace ni. Excited kita tau.


Masuk je dah ternampak dress dan baju yang selalu tengok dalam Facebook tu. Wow...bestnya. Nak beli nak beli. Pada pertama kali aku dan kembar masuk butik MinimaLace ni, kami disambut dengan senyuman pekerja butik dan bila kami terus je slot baju yang ada, terus je pekerja butik tu tanya apa yang boleh diorang bantu. Haa..layanan tu yang aku suka. Bagus dan mesra tau. Kami bagitau warna baju yang kami inginkan. Alhamdulillah, ada warna yang kami nak dan saiz pun ada. Lepas tu, ternampak pulak jubah dress, tu aku yang teringin. Tapi memandangkan masa kembar yang nak mencuba-cuba, aku ikutkan je. 

Dalam hati ni aku yang nak dress jubah tu sebab cantik kot. Disebabkan masa kembar test tu tak berapa ngam, aku pulak yang gatal cuba dress tu. Alhamdulillah, muat pulak. Apa lagi, aku terus cakap kat kembar, aku nak jubah tu. Kembar ambil kurung exclusive tu. 

Maka dengan ini, misi pencarian selesai juga. HAHAHA....aku dan kembar memang puas hati dengan kualiti jahitan MinimaLace ni. Selain tu, pakaian yang dijual memang cantik-cantik tau. Korang kalau jadi aku, mesti korang pun macam aku nak borong semua baju yang ada. Tapi nasib baik duit dah nak abis. So, sekarang ni aku kenalah berjimat cermat sikit sebab dah banyak habis duit ni. Hahaha...eh, lepas ni kena cari kasut pulak. Thanks korang yang doakan misi aku berjaya semalam ya. Aku hargai sangat.

Alamat Butik MinimaLace
B-9-1 Jalan Serai Wangi G 16/G Alam Avenue Section 16, Shah Alam, Malaysia

Okay...till we meet again

12 comments:

  1. mcm cantik je, mcm nak pergi jugak lah. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisya, pegilah..memang menarik sangat baju2 dia

      Delete
  2. alam avenue tu dekat shah alam ka? seksyen brapa?

    wah baju kedua tu macam dalam cerita Frozen.
    menarik kedua-dua baju tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz MoHa, Alam Avenue tu kat seksyen 16. Bersebelahan dengan Alam Avenue 2

      Pun boleh, nnt boleh berangan jadi Snow Queen

      Delete
  3. ni kalau pergi sure takde saiz ni..okay, babai...cantik sgt baju -___-''

    ReplyDelete
  4. Berakhir juga misi pencarian.. hehe

    ReplyDelete
  5. tahniah, berjumpa yang berkenan akhirnya..haha

    ReplyDelete
  6. bestnya bila dengar cerita org yg ada kembar niee :)

    cantikkk woooooo dress tuu..

    ReplyDelete
  7. Adoi la dik ainim... Jgn la perhangatkn akk.. Kering poket nnt... Ahakss.. Hehe

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads