Monday, May 12, 2014

Menu Hari Ini

Assalamualaikum...

Amboi..korang ni memang sempoi habis. Terima kasih ya banyak bagi cadangan nak masak apa. Macam-macam yang korang recommend tapi serious takde satu pun aku reti nak buat. Hahaha.. Kakak aku pun dok komen 'no black pepper'. Yes, memang takkan masak black pepper sebab family aku kurang makan black pepper kecuali aku ni je.

Setelah masuk dapur dan masak nasi, aku buka peti ais, aku keluarkan je apa-apa yang aku nampak dalam peti sayur tu. Cili api, carrot, kentang, halia dan terung. Haa..time ni aku dah fikir belasah je la masak apa sekali pun asal tekak boleh masuk. Sebenarnya kan, aku tak pernah potong daging, jadi agak terkesima jap macam mana nak potong daging tu jadi kecik. Kang salah potong daging tu nak ke empuk ek? Hehe..

Aku intai mak yang tido kat bilik. Oh ya, mak aku demam hari ni. Kebetulan kan aku ambik cuti hari ni, adalah orang kat rumah untuk tengok-tengokkan mak. Berbalik kepada cerita potong daging tu, aku sempat la tanya mak bila nampak mak buka mata. Hehehe..

Setel tanya mak, aku pergi ke dapur balik dan bermulalah acara potong daging. Waa...senang je rupanya. So, sementara tunggu santan cair, aku pun sediakan bahan-bahan masakan untuk menu yang aku nak masak ni. Potong bawang, kentang, carrot dan terung. Aku ambik sikit bawang dan cili api, kemudian aku tumbuk. Haa,...yang tumbuk khas untuk terung tu.

Bawang, halia, bawang putih dan cili api yang lain tadi, aku masuk blender, aku kisar. Dah basuh semua sayur-sayur tu, aku salaikan sikit atas kuali tanpa minyak. Dah agak-agak macam terbakar sikit, aku angkat dan ketepikan, kemudian aku tumiskan je. So, jadilah terung tumis cili api gitu.

Haa..bahan yang aku kisar tu, aku tumiskan dalam kuali pastu aku masuk je rempah kurma yang aku campur sikit serbuk kunyit. Aku masukka daging, kentang dan carrot tu, pastu aku renehkan bagi empuk. Dah agak-agak cantik je aku masukkan santan dan garam dan perasa. Oh ya, aku letak asam keping sikit. Haha..Maka siaplah daging masak kurma versi aku. Selalu mak-mak kita buat bawang, halia bagai tu tak kisarkan, tapi aku kisar sebab aku tak suka benor nampak benda-benda alah tu dalam kuali. Hahah. Biar dia dikisar asal aku tak nampak ia. hahaha

Sorry ya gambar memang tak berapa menarik sebab aku jenis masak memang rupa tak cantik tapi Inshaa Allah, rasa sedap. Lagipun aku tak berapa sempat nak ambik gambar elok2 tadi. Ni je la yang boleh aku tunjuk hasilnya. Apa pun, thank you so much kepada korang sebab sudi bagi cadangan nak masak apa ya. Nanti aku try ya. Jemput makan korang

Okay...till we meet again

13 comments:

  1. janji perut kenyang Ainim....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak Sukma..janji perut kenyang pun boleh

      Delete
  2. hehe tak apa nnt boleh bljr sikit2..:)

    ReplyDelete
  3. x kisah la ainim masak macam mana pun janji menjadi kan...x suka black pepper..beria akak suh buat daging blackpepper tadi kan...hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..saya suka je black pepper kak tapi family tak suka

      Delete
  4. okehlah tu, best gak buat entri sambungan macam ni kan..terbaiklah..:)

    ReplyDelete
  5. menu hari ni kita pulak strawberry susu.. sedap... heee..

    ReplyDelete
  6. buat apa shja ..janji sedap kann..

    ReplyDelete
  7. masak macam mana pon kalau ada rasa konfem licin jugak..hehehe..

    ReplyDelete
  8. asal blh makan , kata my anak buah ... memasak ni , tak kira apa kita masak yg ptg rasa tu seimbang .

    ReplyDelete
  9. kurma?? sedapnya kak.. dh lma xmkan lauk tu. tunggu balik ipoh nk suh mak masakkan la..hehehe.. *malas masak sndiri*

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads