Thursday, May 22, 2014

Membelanjakan Duit Gaji

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Dah dinner? Hari ni adalah hari gaji bagi kakitangan awam di Malaysia. Tapi kakitangan swasta rasanya hujung bulan. Kalau TNB 25hb tak silap aku. 
image: Google
Apa yang aku nak kongsikan disini ialah, tentang cara kita spend duit gaji dengan sebaiknya. Katanya omputih, spend your salary wisely. Gitu katanya. Biasalah, sehari sebulan sekali. Seronok jugakan. Tima gaji ni la yang paling ditunggu-tunggu bagi rata-rata dikalangan kita ni. Tapi bagi yang memang banyak duit, hari gaji pun mungkin lupa kot. Hahaha

Nak tanya ni, biasanya korang kalau dapat gaji, apa perkara pertama yang akan korang lakukan dahulu? Ini cara aku. Sekadar share dengan korang je tau. 

Biasanya perkara pertama yang aku buat ialah, beberapa hari sebelum gaji aku dah list out jumlah tertentu duit gaji untuk diberi kepada emak, simpanan bulanan, duit rumah dan hutang (kalau ada). Bila je dapat gaji, jumlah tu la yang akan aku keluarkan cukup-cukup ataupun lebihkan sedikit sekiranya tetiba ada hal. Dah setel part yang satu tu, masa untuk bayar bil. Bagi rumah kami, aku tukang bayar segala bil utiliti yang ada termasuklah Unifi tu. So, diawal hari gaji atau sehari selepas gaji (sebab Maybank2U selalu slow time hari gaji) aku akan siap-siap kira total bila yang perlu dibayar untuk bulan tersebut dan bahagikan semula jumlah yang perlu dibayar oleh setiap daripada kami 2 beradik ni.
Image : Google
Selesai semuanya, barulah aku lihat kembali jumlah gaji berbaki yang masih ada dan kemudian aku siap-siap kira untuk kos minyak dan kad touch n go bagi sebulan perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Dah siap tolak, jumlah wang gaji berbaki itulah yang akan aku gunakan untuk perbelanjaan bulanan. Haa..itulah cara aku spend duit gaji bulanan. Aku ni gaji tak besar mana, jadi kena spend the money wisely. Kalau tak, mau pening aku nak cekau duit dari manakan.

Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi cukup untuk setiap bulan. Walau tak banyak, tapi masih la mampu menyimpan sedikit mana yang mampu. At least, bila terdesak, ada la juga duit back up kan. Hehehe. Oh ya, macam aku cakap tadi. Sekadar share je dengan korang. Buat adik-adik yang baru bekerja tu, buatlah sedikit simpanan ya dik. Tak kiralah gaji besar ke kecik ke, janji kita ada simpanan. Kalau ada masa-masa memerlukan, ada la juga sedikit duit untuk digunakan.

Okay...till we meet again

11 comments:

  1. bayar apa yg ptut last2 xpatut betul xbelanja bulan ni .. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..tak juga dik. at least ngam2 je

      Delete
  2. wah bagus cara sis,nanti boleh follow =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2 nana...akak pun ngam2 je setiap bulan

      Delete
  3. Hahaha..boleh la loan..hahaha...

    ReplyDelete
  4. samala ainim..lya pun mcm tu juga..dahulukan mana yg penting..tolak apa semua..ada lebih baru buat bli brg sendiri

    ReplyDelete
  5. penting urus duit gaji nih kan kak.. susah nanti kalau tak de back up..

    ReplyDelete
  6. bestnya org yg kerja gaji tetap setiap bulan.. mcm dneo yg kerja sendiri2 design ni tak tetap... huhu..

    ReplyDelete
  7. eiqaaa.?? hmmm
    xtau nak ckap macam mne..
    Tapi berbeza dari akak..
    dan akak punya cara lg bagus dari eiqa, ehehhee *senyum tunjuk gigi*

    ReplyDelete

My friend say: