Monday, May 26, 2014

Malaysia Boleh!!!

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi Malaysia. Gitu kan. Oh, ada yang bersedih ke ni? Aku faham, mesti ramai yang bersedih di atas kekalahan pasukan badminton Malaysia kepada pasukan Jepun dalam perlawanan merebut Piala Thomas. Aku faham sesangat perasaan sedih tu.


Apa pun, pasukan Malaysia telah bermain dan berjuang sepenuhnya. Mereka dah buat yang terbaik, cumanya nasib memihak kepada Jepun untuk kali ini. Rezeki Jepun katanya. Tahniah buat Jepun dan TAHNIAH buat pemain badminton Malaysia yang telah bermain sebaik mungkin. Tahniah kerana anda tetap membuatkan kami bangga kerana berjuang untuk negara.


Kalah menang adat dalam pertandingan. Kalau kita yang menonton ni nak menang, apatah lagi mereka yang bermainkan? Mereka lagilah hendakkan kemenangan tu. Kalah pun bermaruah. Apa yang penting, sokongan kita kepada pasukan negara jangan pernah putus. Kita jangan terus mempersalahkan pemain. Jangan ditambah beban mereka.


Semoga kekalahan kali ini mampu membangkitkan semangat pasukan badminton kita untuk mengukir kemenangan di masa hadapan dan memberi pengajaran dan pengalaman terbaik buat mereka. Apa yang penting, bangkitlah daripada kekalahan ini dan teruslah berjuang demi negara. 

Semangat 'Malaysia Boleh' tetap akan utuh dalam diri ini walau aku sendiri jarang berbicara soal sukan. Ehem..aku lebih suka diam daripada berbicara dalam soal menunjukkan sokongan. Pada aku, itu lebih baik untuk diri ini.

MALAYSIA BOLEH!!!

Okay...till we meet again

7 comments:

  1. ya betul tu...kena kerja lebih keras lagi untuk menang...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Mama..kita pulak kena tetap beri sokongan kan

      Delete
  2. btl tu Malaysia boleh..kalah hari nie tak semestinya kalah utk selamanya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES Lya...apa yang penting jgn putus asa

      Delete
  3. tahniah!!! len kali doa supaya msia boleh bagi kita cuti...hheee

    ReplyDelete
  4. kalah yang bermaruah jugak....

    ReplyDelete

My friend say: