Tuesday, May 27, 2014

Kerja Kahwin Part 3 - Baju Untuk Best Man

Assalamualaikum...

Entri untuk Kerja Kahwin kakak aku ada aku update kat entri-entri sebelum ini seperti INI.

Kali ini kisahnya pengapit lelaki. Memandangkan kenduri hanya akan diadakan dibelah kami sahaja, makanya kebanyakan persediaan tu kamilah yang buatkan. Bagi pengapit lelaki, bakal abang ipar dan kakak aku minta tolong aku carikan pengapit. Syaratnya orang tu mesti jenis smart dan tinggi sedang-sedang ala-ala macam bakal abang ipar aku juga.

Hmm..aku ni memang tak ramai kawan lelaki walaupun ofis aku tu ramai je lelaki. Maklumlah, aku ni jenis manusia terpencil. Jadi tak kenal sangat lelaki kat ofis tu. Setakat satu dua orang tu kenallah juga dan mereka adalah daripada division yang sama dengan aku.

So, aku asalnya minta tolong adik aku si Ridzuan tu. Tapi dia malu-malu kucing la pulak. Segan la katanya. Dia suruh aku cari back up. Maka, aku teringat seorang lagi member aku, Loqman. Terus minta no handphone Loqman sebab masa handphone aku rosak dulu, sume contact dah hilang dan aku ni jenis pemalas nak umumkan kat satu Malaya yang aku dah hilang contact number.

Jadi, bila tibe masa perlukan macam ni la baru terkial-kial nak cari nombor padahal ada je sametime ngan Loqman tu. Hahaha...itulah sengal namanya. Dah dapat no hp, terus cepat-cepat whatsapp Loqman. Tanya-tanya then dia pun setuju. Alhamdulillah. Senangnya la hai deal ngan Loqman ni. Bagus. Terus mak dan kakak aku nak tengok gambar Loqman. Cis...sempat lagi tu kan. Hahaha. Nasib lulus sebab Loqman ni orangnya memang smart pun.

Semalam kakak aku call untuk confirmkan saiz baju melayu Loqman. Haa..manalah aku tahu kan. Aku pun call balik Loqman tanya saiz baju dan call balik kakak aku. Beberapa jam selepas itu, time tu kakak aku dah balik rumah la. Dia bagi baju tu kat aku untuk Loqman cuba. Just in case tetibe tak muat ke apa kan. 

Hajatnya nak bagi hari ini tapi aku pulak yang lupa bawak. Hahaha..esok je la ya. Tapi aku tunjuk kat korang dululah rupa baju melayu tu. Warna sedondon dengan dress aku nanti tapi aku rasa aku punya warna kuat sikit kot. EHEM...untunglaa Best man dapat sponsor..gua sendiri sponsor. Hahaha...nasib badan.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. cantik kaler baju tu.. wah kawan anim ni memang jenis senang kira la. stgh orang memang xmau jdi even kawan sniri pon..

    ReplyDelete
  2. suka kaler tu ^^ nampak fresh :) best nya time nak wat persiapan ni hee

    ReplyDelete
  3. cantik baju melayu tu ...beli kat jakel ke?

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads