Friday, May 16, 2014

Kerja Kahwin Part 2 - Coklat Door Gift

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Semalam tak dapat nak blog walking langsung sebab busy menyiapkan button badge untuk kenduri kahwin kakak bulan jun depan. Maaf ya, Inshaa Allah akan cuba ditunaikan hari ini. Topik pagi ni juga berkisahkan kerja kahwin kakak aku nanti.

Kali ini coklat untuk door gift. Eh? Betul ke door gift? Bolehlah. Mak dan kakak aku plan begini, untuk tetamu dewasa yang hadir akan diberi wajik dan juga bunga telur manakala untuk kanak-kanak akan diberi coklat. Memang sengaja diasingkan kerana anak-anak ni tak berapa reti nak makan telur rebus dan wajik tu. Jadi, untuk adil, kita bagi kanak-kanak coklat.


Kotaknya dah ada tapi coklat tak mandang lagi. Ate, macam mana kalau kotak dah ada tapi coklat tak ada lagi. Memanglah plan asal nak keluar beli masa bulan jun nanti. Tapi dah retak nak berjimat sikit, ada pulak kenalan yang pergi bercuti di Langkawi. Maka, dengan tak sengaja aku meminta pertolongan beliau untuk membelikan coklat disana. Kenalan aku ni nama Puan Amy. Baik sangat orangnya. 


Nasiblah Puan Amy dah siap-siap survey harga coklat masa mula-mula sampai Langkawi, jadinya masa aku dok discuss coklat apa yang aku nak beli, mudahlah sikit sebab Puan Amy siap bagi gambar lagi. Haa..kan senang. Alhamdulillah... Berurusan dengan Puan Amy sejak beliau di MATRADE sehinggalah beliau dah berkhidmat kat agensi lain ni, memang tak susah. Senang je nak deal. 

Semalam, aku ambil coklat daripada husband Puan Amy. Harga pun memang tak mahal. Memang jauh dari bajet yang kami tetapkan dan yang pasti murah je. Hehehe. Oh ya, ada yang nak coklat ni? hehehe..kenalah datang kenduri. Hihihi

Okay...till we meet again

19 comments:

  1. Kakak mana satu yang nikah dik
    Tunggu adik nikah bok akak datang k hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak no 2 nak kawin kak
      hihihi..akak doakan untuk saya ya

      Delete
  2. Banyaknya coklat ^^
    Singgah sini sambil isi tabung

    ReplyDelete
  3. tunggu nnt lya datang hehe..bila mjls nya ainim..lya insyallah 7 jun nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Lya, dah dekat dah tu. Lagi berapa minggu je ya

      Delete
  4. Ainim, jgn lupa post gamba Coklat Door Gift yg dh siap ye..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik, nanti dah siap, saya post gambar ya

      Delete
  5. sally nak sepaket Daim dengan Hershey tu..haha

    ReplyDelete
  6. kena terjah langkawi ni. coklat heaven punya pasal.. heee~ salam singgah dan follow.. :)

    http://aniszahirah87.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Aneez, coklat kat langkawi memang murah

      Delete
  7. semoga dipermudahkan segala urusan...^_^

    ReplyDelete
  8. kisses, sedapnyaa.. semoga majlis dipermudahkan nanti. :)
    singgah dari blog mialiana. jemput ke blog saya juga. :)
    http://nad2nadzirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terima kasih Nadzirah. Inshaa Allah, saya singgah ya nnt

      Delete
  9. wahh..kenduri letak coklat langkawi..hebat taw..hehehe..

    ReplyDelete
  10. my favourite coklat ...nak ler....hihi

    ReplyDelete

My friend say: