Monday, May 12, 2014

Jadilah Sebaik-baik Pendengar

Assalamualaikum...
Gambar ni aku pernah post kat Instagram aku. Tetibe je dapat idea nak menulis. Ayat-ayat dalam gambar ni pun dari fikiran aku sendiri.


Kita ni manusia biasa. Punya hati, punya akal dan fikiran. Kena guna sebaik mungkin. Oh, pesanan untuk diri sendiri juga ya. 


Bila datang seseorang bercerita sesuatu perkara kepada kita, seharusnya dipertimbang dan diselidiki mana datang cerita tu. Sebaiknya siasat dulu dan cubalah mendengar dari kedua belah pihak. Jangan hanya kerana kita rasa orang bercerita itu baik dengan kita, kita terima semua apa yang diperkatakan tanpa menyelidik kesahihan sesuatu cerita yang didengar.


Begitu juga dengan pandangan dan penilaian kita. Lumrah hidup kita ni suka membuat telahan berdasarkan apa yang kita lihat. Kalau bersangka baik, tak apa tapi bila kita bersangka buruk, bukankah itu mendatangkan dosa. Pernah juga terjadi pada diri sendiri tapi Alhamdulillah, aku bukan jenis ambil pusing apa yang orang kata dan bercerita tentang aku. Aku jenis yang tak mendengar apa yang orang perkatakan kerana pada aku, hakikat sebenar hanya aku dan Allah je yang tahu.


Seharusnya kita ni sebagai manusia biasa, cuba mendengar dari kedua belah pihak, barulah kita faham akan hal sebenar yang berlaku. Selepas itu, barulah kita boleh menilai baik buruk sesuatu perkara itu. Kalau tak tahu pokok pangkal cerita, sebaiknya diamkan sahaja dan kalau betul nak tahu, baik tanyakan sahaja kepada yang lebih mengetahui.

Aku pun pernah buat silap juga dulu tapi aku cuba belajar dari kesilapan lalu. Alhamdulillah, dengan sahabat-sahabat yang sentiasa ada disamping aku, yang sentiasa menasihati aku, yang sentiasa berfikiran dan bersangka baik, aku dapat atasi sifat bersangka buruk. Apa yang korang nampak tentang aku, Alhamdulillah, Allah bagi yang baik untuk aku. Apa saja yang perkara negatif yang aku dengar tentang diri aku waima ianya datang daripada orang yang dianggap sahabat sekali pun, aku masih mampu senyum dan bersabar. Aku tanamkan sifat bersangka baik kerana aku hanya mendengar dari sebelah pihak dan walau aku dah lihat kebenarannya, aku masih mampu tersenyum kerana aku yakin Allah dah hilangkan rasa dendam dalam diri ini.

Kepada korang rakan-rakan blogger sekalian, terima kasih kerana sentiasa bersangka baik terhadap aku. Kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan ya. Jom sama-sama kita tanamkan sifat bersangka baik dan menjadi sebaik-baik pendengar agar kita sentiasa ada sifat positif dalam diri. Sekadar renungan dan peringatan bersama.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. Betul tu...jom bersangka baik dengan semua orang....^_^

    ReplyDelete
  2. Betul tu...jom bersangka baik dengan semua orang....^_^

    ReplyDelete
  3. yup, tak boleh nak dengar dari sebelah pihak je kan.. perlu bersangka baik dan positif jugak :)

    ReplyDelete
  4. jd pendengar yg baik ^_^ gunakan mata dan telinga sebelum mulut berkata2..

    ReplyDelete

My friend say: