Saturday, May 10, 2014

Hujan Meteor Pada Bulan Mei

Assalamualaikum...

Khas buat pencinta sains terutama yang berkaitan dengan aero angkasa. Tadi aku tengok berita pagi kat TV1, pembaca berita tu beritahu akan ada juraian hujan meteor dari Komet 209P/LINEARpada 23 dan 24 Mei 2014 ini. 

Kenyataan daripada ANGKASA Malaysia
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu. "Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," menurut ANGKASA dalam kenyataan hari ini. Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu. Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu. Justeru, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan. 
Sumber : SINI

Wah..agak-agak kalau kat Putrajaya yang malamnya jarang nampak awan dan selalunya langit tu kosong dapat ke aku tengok hujan meteor? Dapat ke? Bestnya kalau dapat saksikan sendiri depan mata.

Teringat masa aku sekolah dulu, sewaktu dalam perjalan pulang ke rumah aku saksikan sesuatu bercahaya terang terbang dilangit dan kemudian hilang sekelip mata. Gigih aku kayuh basikal laju-laju sebab ingatkan hantu kat langit. Bila cerita balik pada mak, rupanya itu tahi bintang.

Kalau korang berkesempatan untuk saksikan hujan meteor nanti, share la gambar dengan aku ya.

Okay...till we meet again

11 comments:

  1. harap lah ingat nak tengok. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sangat tengok tapi kena tengok keadaan juga

      Delete
  2. Bestnya kalau dapat tengok, mesti cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fhatin..teringin sangat nak tengok

      Delete
  3. X pernah experience. ...kalau dpt tgok x tau la nk gambarkan mcm mn kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat tengok kak confirm masuk mimpi terus

      Delete
  4. ada juga dengar hujan meteor nie........

    ReplyDelete
  5. sama2 kita nti kn ye kak.. :)

    ReplyDelete
  6. Sna sni sbut psal hjn mteor ni..alang2 kja hbs lwat blh la tgu tgk..hope nmpk la kn..sy sdri pn xpnh lhat lg..hope dpt lhat..amazing_Subhanallah..kuasa Allah.

    ReplyDelete

My friend say: