Saturday, May 17, 2014

Household Chores

Assalamualaikum...
Selamat pagi Malaysia!!! Ewah...

Dah kemas rumah? Jujur cakaplah ya. Sejak rumah ni nak kenduri, penuh barang dalam rumah ni sampaikan aku pun taktau mana nak kemas. Adoii..hahaha. Dengan barang-barang door gift lagi, langsir lagi. Uhu...rumah ni pulak takde la besar mana pun.

Gambar kat atas tu menunjukkan kerja-kerja rumah yang dilakukan seharian ataupun berkala. Haa..siapa cakap kalau duduk rumah boleh goyang kaki semata? Memang beranganlah kan melainkan korang ada maid. Itu memang korang boleh goyang kaki goyang tangan semua. Rumah aku ni memang takkan ada la maid.

Korang bayangkan mak-mak kita yang duk buat kerja tu setiap hari. Ditambah kalau yang ada anak kecik. Baru siap kemas tak sampai 5 minit, dah sepah balik rumah. Agak-agak baru sempat nak duduk rehat terpaksa kemas rumah balik. Heheh. Aku sendiri pernah alami situasi tu bila anak buah aku yang sorang tu datang rumah. 

Masa tu umur dia dalam 4-5 tahun la. Aku baru siap kemas rumah tak sampai 5 minit, habis dia sepahkan balik rumah. Nak marah anak orang. Nak marah dia bukan faham pun kemarahan kita. Apa nak buat, redha je la. Hihihi.

Aku sekadar nak share je sebab pepagi ni takde nak cerita hal berat-berat lagipun aku nak bersiap untuk keluar dengan kembar. Kami nak pergi mencari baju untuk kenduri bulan depan. Doakan urusan kami dipermudahkan ya.

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan...ada anak kecil yang sedang membesar memang besar cabaran...kadang tak siap kemas lagi, barang yang dikemas disepahkan balik...kadang tu bila mintak mereka kemas, mereka sorong je bawah meja atau kerusi untuk nampak kemas...apa-apapun, sabar sajala....

    ReplyDelete
  2. dudk rumah nie lagi penat dari kita bekerja...tapi bila ada kenduri kendara,rumah bersepah tu adatlah ainim...lepas dah habis kenduri nanti lagi penat!!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Itulah yg dirasakannya... Tak pernah jemu dan penat...

    ReplyDelete
  4. adik2 husna sendiri pon puas kena leter.. punggah pandai kemas tak nak.. geram je..

    ReplyDelete
  5. sabar jer ler....slow-slow kemas.....

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads