Sunday, May 18, 2014

Happy Birthday Azima

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Selamat berhujung minggu. Oh ya, apa plan hari ni? Aku takde plan lagi pun semalam seharian menyelesaikan misi pencarian baju untuk kenduri bulan depan. Nak tau apa kesudahannya? Kita tunggu next entri ya.
Image; Google
Hari ini, 18 Mei 2014 merupakan hari lahir seorang sahabat baik aku, Azima Muhamad. Azima ni rakan seofis kita. Aku kenal Azi ni dah lama since dia kat HR unit tapi kenal-kenal gitu je. Tak rapat pun but since 2 years ago aku rasa, kami makin rapat. Tak silap aku, Azi sametime (instant message guna Lotus Note) aku suatu hari tu berkenaan status sametime aku. Since hari tu, kami selalu berbual di sametime dan jadi rapat. 

Azi ni orangnya baik sangat dan sangat jujur bila berkata. Alhamdulillah, walau ada seketika kami tetiba seperti renggang, tapi takdir Allah kan. Kami rapat kembali. Syukur sebab aku ada sahabat yang baik macam Azi. Kami tak selalu berjumpa tapi selalu juga berhubung through What's app. Pada aku, jarang berjumpa itu tak membataskan sesuatu hubungan, apa yang penting keikhlasan dalam berhubungan. 
image: google
Aku ni susah sikit nak rapat dengan orang since aku sendiri bukan seorang yang peramah dan senang nak rapat dengan orang sesuka hati. Bukan memilih kawan, tetapi sebolehnya aku mencari seorang sahabat yang aku tahu aku boleh percaya dia, dan dia boleh terima kurang lebih aku sebagai sahabat dan Azi adalah salah seorang sahabat yang aku maksudkan.

Kepada Azi, Selamat Hari Lahir kita ucapkan. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang baik sepanjang dua tahun kita berkawan. Terima kasih kerana terima kurang lebih kita. Hanya Allah yang mampu membalas. Tiada kata yang dapat kita lafazkan melainkan doa agar kehidupan Azi sentiasa berada di dalam rahmat Allah SWT. Semoga segala cita-cita dan impian Azi akan tercapai. Love you Azima.

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. Hi singgah sini=)
    Jemput join segmen

    http://pencontengruang.blogspot.com/2014/04/segmen-preloved-by-kokoclothes.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kemey..Inshaa Allah, nanti saya singgah ya

      Delete
  2. selamat hari lahir buat cik Azi..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Kak Azi, Moga panjang umur and murah rezeki *ayat clihe giler tapi ikhlas tau* :)

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar. Thanks for ainim for this special entry. And thanks all for tge wishes. May all of us dirahmati Allah. Amin.
    Love,
    Azi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Azi..love you too

      Delete
  5. happy birthday buat kawan ainim....

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads