Thursday, May 08, 2014

El Nino Bakal Melanda Asia Tenggara

Assalamualaikum...

Pepagi tadi dengar ulasan surat khabar oleh DJ IKIM FM. Ada disebut mengenai fenomena El Nino. El Nino? Huh? Apa tu?
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Sumber : SINI
Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) menjangkakan kebarangkalian El Nino akan berlaku di Asia Tenggara adalah sebanyak 70%. Sejauh mana kekuatan El Nino akan melanda Malaysia, itu belum diketahui. Akan tetapi jika ia melanda, boleh menyebabkan cuaca kering bermula Jun ini.
Image: Google
Kita bakal diuji lagi. Kalau sebelum ini krisis air akibat cuaca kering selepas cuaca sejuk awal tahun hari tu, kali ni disebabkan fenomena El Nino pulak. Dugaan tahun ni memang mencabar juga. Tapi apa pun, kita kena bersabar kerana ini semua ujian Allah untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dengan setiap pemberianNYA.

Apa yang perlu dilakukan ialah persediaan pihak bertanggungjawab dalam menghadapi El Nino ini nanti. Oleh kerana cuaca kering, bekalan air sudah pasti menjadi subjek utama yang perlu diambil berat kerana krisis air masih belum lagi pulih sepenuhnya dan kesihatan juga perlu diutamakan.

So, harap korang pun akan ambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi El Nino ni nanti. Semoga kita semua akan dipermudahkan dalam menghadapi cabaran hidup ini.

Wallahualam...

16 comments:

  1. sabar je lah kan....sama-sama lah kita tabah menghadpi ujian dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena kuat semangat ni Lieya

      Delete
  2. sekarang nie pun bahang je kan..apa pun semuanya sebaik2 perancangan dari Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata kat sabah mmg tengah panas ye lya?

      Delete
  3. keen.. visit my blog
    http://watch-streamingmovies.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Semoga kita tak teruk sangatlah walau kena tempias sekali pun kan

      Delete
  5. fae baru tau pasal el nino thingy ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah lama tau sebab msia penah kena dulu

      Delete
  6. bersedia sajalah . semoga syabas lbh bersedia .

    ReplyDelete
  7. doa je yang terbaik dik...

    Akak lama tak singgah sebab...demam campur batuk...hihi

    ReplyDelete
  8. ohh, eiqa pun baru tahu ni baca entry akak..
    Kuasa Allah kan kak :)

    ReplyDelete
  9. cuaca kat sini kerap hujan.. mungkin ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  10. klau ianya terjadi kat negara kita ni, dgaan lagi..

    ReplyDelete

My friend say: